Wednesday, December 14, 2011




Adakalanya apabila sesuatu perkara itu terjadi
membuatkan hati merasa tidak tenteram
tetapi apabila diamati dalam-dalam
ia tidaklah sebesar mana

perkara itu datang adalah semata-mata 
untuk mengganggu ketenangan yang ada
terimalah perkara itu dengan terbuka
dan berusahalah untuk lebih baik
tidak perlu diganggu oleh rasa itu berterusan
kerana meratapi dan mengeluh
bukan jalan penyelesaian

sekiranya ini adalah ujian
hati terbuka untuk menerimanya
asalnya nanti segalanya tiada apa-apa
kecewa sedikit tidak mengapa...


Thursday, November 24, 2011

Sunday, September 18, 2011

Wednesday, September 7, 2011

4 someone...



Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi keranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih


Thursday, August 25, 2011

muhasabah cintaku...


kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang ku rasa 
biar jadi penawar dosaku....

butir-butir cinta airmataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni semua khilaf dan salah...
selama ini

berat ujian ini 
ku pasrahkan semua kepadamu
kuatkan aku 
lindungi aku dari putus asa

Wednesday, August 24, 2011

yang mampu untuk dilakukan...


aku tahu aku tidak banyak dapat membantu
yang boleh aku lakukan ialah memelukmu seeratnya
dan ketika itu menangislah kamu sepuasnya di dalam dakapanku
agar ringan segala penderitaanmu...

aku berdiri disini 
melihat segalanya, kesakitan dan penderitaan yang bersilih ganti 
ada kalanya tidak mampu untuk ditahan
sehingga membawa kepada kesakitan

yang mampu untuk dilakukan ialah bersabar
dan cuba menahan selagi terdaya 
ada kalanya rasa membentak
tetapi sedaya cuba dilupakan


Monday, August 22, 2011

Friday, August 5, 2011

Monday, August 1, 2011

kata-kata azimat



kesengsaraan membuatkan kita berfikir,
 dengan berfikir kita menjadi semakin bijak
 dan dengan kebijaksanaan kita akan 
bertambah yakin menghadapi hidup ini....


Wednesday, July 27, 2011

teman sejati

Arini saya ada mendengar sesuatu pasal teman sejati, sesuatu yang telah lama tidak difikirkan disebabkan satu perkara lalu. Melalui perbincangan tadi beliau ada bertanya setiap kali lepas solat, ada tak minta pada tuhan dikurniakan teman sejati dan saya memang banyak berdoa tetapi saya tidak pernah minta teman sejati, padanlah tak jumpa, kalau jumpa pun sekadar teman untuk disaat gembira, bila ada masalah, semuanya blah buat hal masing-masing. 

Macam-macam pendapat pasal teman sejati, ada yang cakap bila senang dan susah dia akan cari kita untuk menjadi tempat mengadu. Yelah agaknya tapi memang susah untuk menjadi teman sejati apa lagi untuk mendapatkannya, dalam keadaan sikap manusia sekarang yang rata-rata asal dapat melepaskan tengkuk masing-masing. So nanti lepas solat bolehlah tambah lagi satu permintaan supaya saya menemui teman yang sejati. Seterusnya beliau menyatakan semua orang adalah aset kita dan kena menghormati orang lain barulah kita boleh menjadi seorang teman yang hebat. Hati perlulah ikhlas pada orang lain dan aura itu akan sampai pada seseorang yang kita rasa dia boleh menjadi teman. Gerak hati wanita sebenarnya sangat peka dan sebenarnya kita boleh menilai sendiri siapakan yang boleh kita jadikan teman sejati.. Ada teman yang katanya rapat tetapi disaat-saat kita perlukan dia, mostly dia tiada disisi...  

Tuesday, July 26, 2011

Wednesday, July 20, 2011




kamu mahu meninggalkan aku?
bagaimana aku mahu meninggalkanmu
memilikimu juga tidak pernah...


Thursday, July 7, 2011

Tuesday, July 5, 2011

percaya padaku



entah kenapa.. lagu ini mengingatkan saya akan seseorang yang tidak pernah menghargai..

Thursday, June 16, 2011

kesal




kesal....
ada beberapa kekesalan yang berlaku dalam hidup ini
kekesalan pertama ialah mengenali seseorang
kedua terlalu menyayanginya 
ketiga terlalu percayakannya

Wednesday, June 15, 2011

beribu sesalan


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi 
Juga rembulan dah menghilang 
Dalam kelam ku sendiriKu mencari hembus bayu 

Yang selalu berbisik madah rindu 
Kini membisu dalam sayu 
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu 
Tertutup jua segalanya terhadapmu 
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu Tertutup jua segalanya terhadapmu 
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu Setia padamu Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku Luka jiwaku Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu Setia padamu Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku Luka jiwaku Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Sunday, June 12, 2011

all about luv


'i dont have the strenght to stay away from u anymore'

'i dont know how long i have waited for u, i rather die than stay away from u'

'i can read mind everyone in this room but i can't read yours, please tell me..'

'u make my heartbeat faster'


Wednesday, June 8, 2011

tired




Keletihan mula terasa kini, tidak tahu kenapa, hari-hari yang dilalui membuatkan aku letih. Tiada sedikitpun yang membuat aku gembira…  adakah aku sakit ataupun sememangnya aku kepenatan. detik Izhan dalam hatinya….

Thursday, May 19, 2011

aku cinta padamu...



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


Wednesday, May 11, 2011

anugerah


Ku berjalan sehari-hari
Ada kekurangan yang semakin dirasai
Kekurangan sebuah kenyataan yang hakiki
Yang kini baru aku sedari

Kini ku menanti
Adakah masih ada kesempatan ini
Sedangkan masa semakin meniti
Kesunyian semakin dirasai

Ku menunggu anugerah ini
Semoga ia akan menjelma nanti
Membawa sinar didalam hati
Satu-satunya yang aku miliki….

Monday, May 9, 2011

kehidupan...


Apabila kita mula masuk dalam kehidupan seseorang, ada kalanya kita diizinkan untuk menjengah hatinya, mengenali dirinya, mengetahui rahsianya dan ada kalanya kita mendapat perhatiannya. Bukan mudah untuk melibatkan diri dalam kehidupan orang lain, lagi-lagi yang asing bagi kita atau yang baru dikenali. Tetapi sebenarnya ia memberi  kita ruang untuk memeriahkan hidup kita. Sapa tahu dengan kehadirannya boleh membawa keceriaan yang telah lama hilang dalam kehidupan. Tidak salah rasanya untuk memberi peluang itu. Tidak kiralah siapa dia, sekiranya keikhlasan ada dalam persahabatan kehadiarannya dialu-alukan.

Dalam menghadapi hidup seharian, bermacam-macam manusia dan bermacam ragam ditemui, ada kalanya kita rimas dengan tindakannya ataupun menghadapinya. Tetapi suka atau tidak itulah dia yang perlu kita tempuh sehari-hari demi untuk kerjaya selagi rezekinya masih disini. Menghadapi insan-insan sebegini membuatkan kita belajar untuk menerima seadanya mereka itu, kerana itulah dia orang berkenaan. Kita akan bertemu selagi ada kaitan, walaupun sebenarnya hati ingin sahaja mengelak, namum tetap terjumpa juga. Menghadapi orang-orang sebegini memerlukan kesabaran, kerana sekiranya kita tidak sabar menghadapi mereka, kita seolah sama seperti mereka. Oleh yang demikian, belajarlah untuk bersabar  walaupun sukar tetapi ia merupakan pembelajaran yang berbaloi dalam kehidupan. Selain itu, keikhlasan juga perlu ada dalam mengiringi kesabaran, sangat susah sebenarnya untuk mengikhlaskan hati terhadap sesuatu perkara, dan bukan mudah mengikhlaskan diri dengan apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Terasa sakitnya bila difikirkan atau diingatkan. Tetapi sebenarnya dengan mengikhlaskan hati kita akan temui ketenangan. Ketenangan tidak dapat dijual beli, untuk mendapatkannya juga bukan semudah mengira 1, 2 dan 3. Ada kalanya air mata perlu dikeluarkan untuk menghentikan gelodak jiwa ini, sesudah itu barulah ketenangan menyusup masuk dalam hati.  Itulah 3 perkara yang sukar untuk dilakukan tetapi harus ada untuk meneruskan kehidupan.

cerita sebuah hati...


Apabila kekecewaan menyapa
Hati merajuk seketika
Tatkala kecewa pengorbanan dipersia
Hati terlalu seksa merana
Setiap penyembuhan mengambil masa
Kerana luka mendalam tiada terkira
Setelah berlalunya sakit derita
Hati sedaya bangkit semula
Cuba membina selagi terdaya
Sekeping hati kepada asalnya 
Seandainya terluka semula
Itulah dia permainan yang tiada hentinya
Selagi kita bergelar manusia

Wednesday, May 4, 2011

perpisahan terasing


Perpisahan Terasing 

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia

Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita


Tuesday, May 3, 2011

the rose


Some say love, it is a river, that drowns the tender  reed
Some say love, it is a razor, that leaves your soul to bleed
Some say love, it is a hunger, an endless aching need
I say love, it is a flower, and you, its only seed

Its the heart afraid of breaking, that never learns to dance
Its the dream afraid of waking, that never takes the chance
Its the one who won’t be taken, the one who can’t seem to give
And the soul afraid of dying, that never learns to live

When the night has been too lonely and the road has been too long
And you think that love is only for the lucky and the strong
Just remember that in the winter, far beneath the bitter snow
Lies the seed, that with the suns love in the spring becomes the rose.

Thursday, April 21, 2011

that true...

"TRY TO FORGET ME
THAT IS ONE SURE WAY
YOU WILL ALWAYS REMEMBER
AND THING OF ME"

Sunday, April 10, 2011

kesempatan...



Beberapa minggu yang lalu saya berkesempatan melihat laut. Lautan yang saujana mata memandang, tetapi sebenarnya saya tidak suka melihat laut kerana laut terlalu banyak air, itulah sebabnya. Tetapi dah nama laut memanglah banyak air, kalau air tak banyak bukanlah  laut namanya.

Saya termenung melihat ombak yang tinggi, bunyinya kuat bergaung di sini. Sesekali ombaknya menghempas kuat sehingga sampai ke kaki saya airnya, basah seluar saya ketika itu. Tetapi walaupun ombaknya tinggi saya memberanikan diri untuk mendekatinya, sangat kuat impaknya apabila saya makin hampir dengan ombak tersebut. Ketinggiannya juga menyerupai seorang dewasa, sangat-sangat ganas hempasannya ke pantai.  Melihat gelagat orang-orang yang mandi disitu, membuatkan saya tersenyum, macam-macam gaya, ada yang lari bila melihat ombak datang, sedangkan dia yang mendekati ombak tersebut.

Ombak yang ganas ternyata bukanlah kawan untuk kita, bahaya menanti sekiranya kita terus dengan keberanian yang tiada gunanya, bak kata orang berani tak bertempat. Dari laut yang ganas saya beralih ke kolam yang lebih tenang dan yang didengari ialah jeritan kanak-kanak mandi di situ, macam-macam gelagat, macam-macam gaya. Seronok jadi kanak-kanak yang tidak punya masalah.

Tetapi selama mana untuk terus menjadi kanak-kanak, satu masa satu ketika akan dewasa juga. Sama sahaja putaran hidup ini, namun kenangan ini walaupun dalam hati saya ianya biasa-biasa aje, tetapi memberi juga ruang untuk menenangkan fikiran. Terima kasih kerana memberi kesempatan ini…terima kasih yang tidak terhingga...

ketika ini...


Ketika ini banyak peristiwa yang bermain-main dalam fikiran saya, macam-macam benda yang menuntut jawapan, tetapi biarlah, kerana jawapan akan datang kepada saya nanti. Apabila difikirkan semula, segala yang berlaku tidak sia-sia kerana ia berlaku bersebab. Mengapa ia berlaku kepada saya dan kesakitan yang diberikan ialah kerana untuk memberi kebaikan di masa depan. Ada yang menyayangi saya dan mendorong kaki saya untuk pergi jauh dari sesuatu, dan tidak saya kesalkan kerana tiada kerugian untuk saya melangkah pergi. 

Ada manusia yang tidak habis-habis dengan hasad dan dengkinya sehingga memperlihatkan dirinya setaraf dengan orang yang tidak berilmu. Melihatkan itu, rasa hormat terlempar jauh, rasa meluat menyusup masuk... 

Ada juga manusia yang asik bercakap tetapi usaha kearah yang diperkatakan langsung tiada, letih mendengar dan jemu melihat...

Ada juga manusia yang bekerja mahu dilihat, kerja banyak bercerita, kerja sedikit bercakap...

Ada juga manusia yang tidak mampu untuk mengawal perasaan, pantang sedikit kesilapan kemarahan meluap walaupun untuk benda yang remeh temeh...

Ada juga manusia yang obses terhadap sesuatu....

Ada juga manusia yang dapat menenangkan, memberi jawapan kepada setiap persoalan, memberi bantuan dan pertolongan, memberi panduan ketika keadaan mendesak, merawat hati yang rawan...

Itulah kehidupan, selagi kita bernama manusia yang tidak lepas dari kesilapan....

Semoga hari-hari mendatang lebih baik untuk saya dan moga apa yang berlaku ini membimbing hidup menjadi lebih baik...


Monday, March 28, 2011

ketika ini...


Ketika ini apa yang ku perlu ialah mendongak le langit, melihat sesuatu yang saujana pemandangannya bersama dengan kebiruan yang menenangkan…

Ku cuba menenangkan diri ini sendiri, bersama kekuatan dan kesabaran yang ku bina dalam diri…

Seandainya aku berdosa padamu, ampunkan aku….

Ku tahan segalanya daripada keluar namun, tidak mampu lagi aku bertahan setelah luahan ku curahkan pada seseorang… kata-katanya membuatkan kesedihan ku gugur satu persatu dan tidak mampu lagi untuk ku bendung…

Terima kasih kerana mendengar luahan ku ternyata aku sangat-sangat tersentuh dengan kata-kata terakhirmu…

Ku sujud kepadamu… meminta kekuatan, meminta kesabaran, meminta belas kasihanmu… permudahkanlah setiap langkahku kerana aku tidak segagah mana… sekiranya aku tersungkur berilah kekuatan untuk aku bangun lagi..

Wednesday, March 23, 2011

perpisahan...

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu




Thursday, March 17, 2011

something missing...

ketika berseorangan
aku merasa sepi
merasa kekurangan
ada sesuatu yang hilang
membuat hati merasa sedih
pedihnya sebuah kehilangan...


Wednesday, March 16, 2011

menoleh kebelakang




Menoleh kebelakang, aku terlihat beberapa wajah yang membuat hati berkata-kata sendiri… setiap satu mempunyai cerita.. cerita yang memberi kebahagiaan sementara, memberi pengajaran dan tidak kurang juga yang memberi kesakitan…

Ketika hanya kepala yang menoleh, aku terhenti dan terus memusingkan badan untuk melihat insan-insan berkenaan..

Ternyata sehingga kehari ini aku, masih bertemu mereka, secara sengaja atau pun tidak.. berselisih bahu.. ada kalanya menegur ada kalanya tersenyum dan sesekali berkata-kata… malahan ada juga yang hanya mampu untuk aku lihat dari jauh, ataupun hanya hak miliknya sahaja yang dapat ku lihat…

Setiap wajah yang hadir itu… memberi pelbagai konflik dalam hidup.. membuat hati merasa pedih apabila melihat satu persatu mereka. Lalu ku teruskan langkah tanpa mahu untuk menoleh kebelakang…lagi.. ternyata hati ini masih sedih dengan setiap apa yang telah mereka lakukan...

BIARKAN SAJA BERAKHIR SAMPAI DISINI
TIADA LAGI YANG KUHARAPKAN
TIADA LAGI YANG KU IMPIKAN

Saturday, March 12, 2011

rindu....



Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah


berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu



aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati


meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu


aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…



Saturday, March 5, 2011

diam...



ADA KATA-KATA YANG MAHU DIUCAPKAN
TETAPI TERHALANG UNTUK DILAFAZKAN
TERPENDAM BUAT SELAMA-LAMANYA

Thursday, February 17, 2011

kadangkala



Kadangkala rasa tidak kisah itu memberi kelegaan
Kerana ia memberi kebebasan…

Tuesday, February 8, 2011

kerinduan ini...




Disaat pandangan jauh terlempar
Terdengar sayu sebuah bisikan
Hati berbisik bahasa rindu
Kadangkala diri tidak memahami bahasa itu
Dikala ia meruntun
Bergegar jantung hati ini
Tidak berdaya menahan diri
Lalu ku bisikkan pada diri sendiri
Dia bukan seperti dulu lagi
Dikala itu berguguran air mata ini
Meminta agar hati berhenti dari terus begini…

Wednesday, February 2, 2011

berdirinya aku...


Ku berdiri di atas bumimu
Menjunjung langitmu
Berdepan takdirmu
Menerima keTENTUANmu

saat...


Saat kerinduan menyapa
Menyentuh lubuk hati yang terdalam
Melahirkan sebuah wajah
Yang sangat ku kenali
Wajah yang memberi seribu erti
Kegembiraan dan kesedihan
Yang tidak aku kesali….


Friday, January 28, 2011

firasat tidur






1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut 
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang 
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk 
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk 
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan 
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah 
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap 
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!