Monday, May 9, 2011

cerita sebuah hati...


Apabila kekecewaan menyapa
Hati merajuk seketika
Tatkala kecewa pengorbanan dipersia
Hati terlalu seksa merana
Setiap penyembuhan mengambil masa
Kerana luka mendalam tiada terkira
Setelah berlalunya sakit derita
Hati sedaya bangkit semula
Cuba membina selagi terdaya
Sekeping hati kepada asalnya 
Seandainya terluka semula
Itulah dia permainan yang tiada hentinya
Selagi kita bergelar manusia

No comments:

Post a Comment