Ketika ini banyak peristiwa yang bermain-main dalam fikiran saya, macam-macam benda yang menuntut jawapan, tetapi biarlah, kerana jawapan akan datang kepada saya nanti. Apabila difikirkan semula, segala yang berlaku tidak sia-sia kerana ia berlaku bersebab. Mengapa ia berlaku kepada saya dan kesakitan yang diberikan ialah kerana untuk memberi kebaikan di masa depan. Ada yang menyayangi saya dan mendorong kaki saya untuk pergi jauh dari sesuatu, dan tidak saya kesalkan kerana tiada kerugian untuk saya melangkah pergi.
Ada manusia yang tidak habis-habis dengan hasad dan dengkinya sehingga memperlihatkan dirinya setaraf dengan orang yang tidak berilmu. Melihatkan itu, rasa hormat terlempar jauh, rasa meluat menyusup masuk...
Ada juga manusia yang asik bercakap tetapi usaha kearah yang diperkatakan langsung tiada, letih mendengar dan jemu melihat...
Ada juga manusia yang bekerja mahu dilihat, kerja banyak bercerita, kerja sedikit bercakap...
Ada juga manusia yang tidak mampu untuk mengawal perasaan, pantang sedikit kesilapan kemarahan meluap walaupun untuk benda yang remeh temeh...
Ada juga manusia yang obses terhadap sesuatu....
Ada juga manusia yang dapat menenangkan, memberi jawapan kepada setiap persoalan, memberi bantuan dan pertolongan, memberi panduan ketika keadaan mendesak, merawat hati yang rawan...
Itulah kehidupan, selagi kita bernama manusia yang tidak lepas dari kesilapan....
Semoga hari-hari mendatang lebih baik untuk saya dan moga apa yang berlaku ini membimbing hidup menjadi lebih baik...
No comments:
Post a Comment