Adakalanya apabila sesuatu perkara itu terjadi
membuatkan hati merasa tidak tenteram
tetapi apabila diamati dalam-dalam
ia tidaklah sebesar mana
perkara itu datang adalah semata-mata
untuk mengganggu ketenangan yang ada
terimalah perkara itu dengan terbuka
dan berusahalah untuk lebih baik
tidak perlu diganggu oleh rasa itu berterusan
kerana meratapi dan mengeluh
bukan jalan penyelesaian
sekiranya ini adalah ujian
hati terbuka untuk menerimanya
asalnya nanti segalanya tiada apa-apa
kecewa sedikit tidak mengapa...
ini ayat pasrah ke redha?? :)
ReplyDeleteapapun ia, semoga itulah yg terbaik....kecewa tu tetap akan ada....