Menoleh kebelakang, aku terlihat beberapa wajah yang membuat hati berkata-kata sendiri… setiap satu mempunyai cerita.. cerita yang memberi kebahagiaan sementara, memberi pengajaran dan tidak kurang juga yang memberi kesakitan…
Ketika hanya kepala yang menoleh, aku terhenti dan terus memusingkan badan untuk melihat insan-insan berkenaan..
Ternyata sehingga kehari ini aku, masih bertemu mereka, secara sengaja atau pun tidak.. berselisih bahu.. ada kalanya menegur ada kalanya tersenyum dan sesekali berkata-kata… malahan ada juga yang hanya mampu untuk aku lihat dari jauh, ataupun hanya hak miliknya sahaja yang dapat ku lihat…
Setiap wajah yang hadir itu… memberi pelbagai konflik dalam hidup.. membuat hati merasa pedih apabila melihat satu persatu mereka. Lalu ku teruskan langkah tanpa mahu untuk menoleh kebelakang…lagi.. ternyata hati ini masih sedih dengan setiap apa yang telah mereka lakukan...
BIARKAN SAJA BERAKHIR SAMPAI DISINI
TIADA LAGI YANG KUHARAPKAN
TIADA LAGI YANG KU IMPIKAN
No comments:
Post a Comment