Ketika ini apa yang ku perlu ialah mendongak le langit, melihat sesuatu yang saujana pemandangannya bersama dengan kebiruan yang menenangkan…
Ku cuba menenangkan diri ini sendiri, bersama kekuatan dan kesabaran yang ku bina dalam diri…
Seandainya aku berdosa padamu, ampunkan aku….
Ku tahan segalanya daripada keluar namun, tidak mampu lagi aku bertahan setelah luahan ku curahkan pada seseorang… kata-katanya membuatkan kesedihan ku gugur satu persatu dan tidak mampu lagi untuk ku bendung…
Terima kasih kerana mendengar luahan ku ternyata aku sangat-sangat tersentuh dengan kata-kata terakhirmu…
Ku sujud kepadamu… meminta kekuatan, meminta kesabaran, meminta belas kasihanmu… permudahkanlah setiap langkahku kerana aku tidak segagah mana… sekiranya aku tersungkur berilah kekuatan untuk aku bangun lagi..
No comments:
Post a Comment