Apabila kita mula masuk dalam kehidupan seseorang, ada kalanya kita diizinkan untuk menjengah hatinya, mengenali dirinya, mengetahui rahsianya dan ada kalanya kita mendapat perhatiannya. Bukan mudah untuk melibatkan diri dalam kehidupan orang lain, lagi-lagi yang asing bagi kita atau yang baru dikenali. Tetapi sebenarnya ia memberi kita ruang untuk memeriahkan hidup kita. Sapa tahu dengan kehadirannya boleh membawa keceriaan yang telah lama hilang dalam kehidupan. Tidak salah rasanya untuk memberi peluang itu. Tidak kiralah siapa dia, sekiranya keikhlasan ada dalam persahabatan kehadiarannya dialu-alukan.
Dalam menghadapi hidup seharian, bermacam-macam manusia dan bermacam ragam ditemui, ada kalanya kita rimas dengan tindakannya ataupun menghadapinya. Tetapi suka atau tidak itulah dia yang perlu kita tempuh sehari-hari demi untuk kerjaya selagi rezekinya masih disini. Menghadapi insan-insan sebegini membuatkan kita belajar untuk menerima seadanya mereka itu, kerana itulah dia orang berkenaan. Kita akan bertemu selagi ada kaitan, walaupun sebenarnya hati ingin sahaja mengelak, namum tetap terjumpa juga. Menghadapi orang-orang sebegini memerlukan kesabaran, kerana sekiranya kita tidak sabar menghadapi mereka, kita seolah sama seperti mereka. Oleh yang demikian, belajarlah untuk bersabar walaupun sukar tetapi ia merupakan pembelajaran yang berbaloi dalam kehidupan. Selain itu, keikhlasan juga perlu ada dalam mengiringi kesabaran, sangat susah sebenarnya untuk mengikhlaskan hati terhadap sesuatu perkara, dan bukan mudah mengikhlaskan diri dengan apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Terasa sakitnya bila difikirkan atau diingatkan. Tetapi sebenarnya dengan mengikhlaskan hati kita akan temui ketenangan. Ketenangan tidak dapat dijual beli, untuk mendapatkannya juga bukan semudah mengira 1, 2 dan 3. Ada kalanya air mata perlu dikeluarkan untuk menghentikan gelodak jiwa ini, sesudah itu barulah ketenangan menyusup masuk dalam hati. Itulah 3 perkara yang sukar untuk dilakukan tetapi harus ada untuk meneruskan kehidupan.
No comments:
Post a Comment