Beberapa minggu yang lalu saya berkesempatan melihat laut. Lautan yang saujana mata memandang, tetapi sebenarnya saya tidak suka melihat laut kerana laut terlalu banyak air, itulah sebabnya. Tetapi dah nama laut memanglah banyak air, kalau air tak banyak bukanlah laut namanya.
Saya termenung melihat ombak yang tinggi, bunyinya kuat bergaung di sini. Sesekali ombaknya menghempas kuat sehingga sampai ke kaki saya airnya, basah seluar saya ketika itu. Tetapi walaupun ombaknya tinggi saya memberanikan diri untuk mendekatinya, sangat kuat impaknya apabila saya makin hampir dengan ombak tersebut. Ketinggiannya juga menyerupai seorang dewasa, sangat-sangat ganas hempasannya ke pantai. Melihat gelagat orang-orang yang mandi disitu, membuatkan saya tersenyum, macam-macam gaya, ada yang lari bila melihat ombak datang, sedangkan dia yang mendekati ombak tersebut.
Ombak yang ganas ternyata bukanlah kawan untuk kita, bahaya menanti sekiranya kita terus dengan keberanian yang tiada gunanya, bak kata orang berani tak bertempat. Dari laut yang ganas saya beralih ke kolam yang lebih tenang dan yang didengari ialah jeritan kanak-kanak mandi di situ, macam-macam gelagat, macam-macam gaya. Seronok jadi kanak-kanak yang tidak punya masalah.
Tetapi selama mana untuk terus menjadi kanak-kanak, satu masa satu ketika akan dewasa juga. Sama sahaja putaran hidup ini, namun kenangan ini walaupun dalam hati saya ianya biasa-biasa aje, tetapi memberi juga ruang untuk menenangkan fikiran. Terima kasih kerana memberi kesempatan ini…terima kasih yang tidak terhingga...
No comments:
Post a Comment