Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG 2010





SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA, terutama kepada keluarga tersayang dan juga kawan-kawan yang jauh dan yang dekat. Semoga tahun ini memberi seribu kerahmatan dalam hidup. Segala yang berlaku sepanjang tahun 2009 akan kekal kemas abadi dalam ingatan kerana terlalu banyak kenangan pahit yang menimpa sepanjang tahun tersebut. Kepada orang-orang yang berkenaan semoga mendapat rahmat dan keinsafan agar berubah dan tidak berterusan menekan orang kerana tidak selamanya anda akan berada di atas.


Kepada insan-insan yang sentiasa berada dibelakang saya dan sentiasa memberi semangat dan sentiasa mendengar luahan saya, diucapkan ribuan terima kasih kerana sesungguhnya  nasihat yang diberikan sangat berguna untuk menguatkan jiwa yang sangat-sangat parah. Dalam waktu yang sama juga berbagai hal lain menerpa yang benar-benar mengganggu jiwa dan raga. 


Kepada insan tersayang diharapkan menemui kebahagiaan, mungkin saya tidak berdaya memberi itu semua sepanjang bersama saya. Segala ketelanjuran kata harap dimaafkan, semoga jumpa dengan jambatan cinta yang dicari selama ini.


Untuk ahli keluarga yang tengah belajar masing-masing di UUM, UITM, U Mansoura Egypt, UIAM, MRSM, S.M Sains dan di tempat-tempat lain yang saya tak dimaklumkan semoga kalian semua berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidup. Belajar bersungguh-sungguh dan jangan persiakan peluang yang ada sekarang.


Semoga tahun 2010 dilimpahi kerahmatan kepada kita semua...


Love you forever by Daniela Reynoso OrozcoLove you forever by Daniela Reynoso Orozco

3 comments:

  1. sesungguhnya jambatan cinta itu sudah lama roboh saat cinta itu mula memanggil namamu....

    ReplyDelete
  2. jambatan cinta yang roboh tidak semestinya tidak boleh diperbaiki, kerana perkara tersebut sedang anda lakukan.

    ReplyDelete
  3. anda tak tahu apa2 pun pasal diri saya dan jambatan cinta yg saya impikan...anda hanya boleh memberi pendapat, sebagaimana kelaziman dilakukan. anyway, tq atas pandangan...

    ReplyDelete