Thursday, January 7, 2010

KESETIAAN


Kesetiaan.... merujuk kepada perkataanya sahaja kita sudah memahami apa maksud setia. Tetapi ada macam-macam jenis setia, setia kepada pasangan, setia kepada ketua, setia kepada kerjaya, setia kepada keluarga dan macam-macam jenis lagi setia. Selagi bernama manusia konsep setia tidak boleh lari, sedangkan haiwan sendiri tahu untuk setia pada tuannya dan kenal pada tuannya, apatah lagi manusia. 


Di sini saya nak menyentuh kesetiaan kepada cinta dan yang ada kaitan dengan kehidupan, hati dan perasaan. Cinta yang dibina memerlukan kesetiaan tanpa kesetiaan sekuat manapun perasaan yang ada pada diri akan musnah sekiranya tidak wujud kesetiaan. Tidak kiralah berapa tahun sekalipun cinta itu dibina, apabila landasan asasnya tiada, akan hancur jua cinta tersebut. Kerana tanpa kesetiaan, tidak akan wujud juga kejujuran dalam hubungan. Apabila tiada kejujuran akan wujud pembohongan demi pembohongan untuk menutup segala kecurangan. 


Oleh itu kesetiaan merupakan tonggak asas kepada setiap perhubungan, terutamanya hubungan yang membabitkan jiwa dan raga.  Janganlah sesekali mempermainkan kesetiaan kerana kesannya adalah sangat dalam, sehingga boleh membunuh segala harapan dan semangat hidup seseorang. Jangan juga sesekali mempermainkan perasaan orang kerana rasanya juga amat menyakitkan. Sekuat manapun cinta apabila ditaburkan dengan pembohongan akan memusnahkan segala-galanya. Bukan mudah untuk membina cinta tetapi sangat mudah untuk membuatnya terluka dan bukan sekali, tetapi berpuluh kali dan akhirnya sekali lagi aku pasrah....


1 comment:

  1. setia kepada cinta bererti ingatan, kasih sayang dan perasaan yang masih lagi terikat terhadap seseorang. walaupun ada kala pembohongan itu dilakukan demi menjaga hati dan perasaan? harus dipanggil apa pula sekiranya walaupun dituduh tidak setia namun ingatan dan pautan kasih sayang masih kuat tertanam??? harap jelaskan perkara ini....

    ReplyDelete