Kecewa sesuatu yang berkait rapat dengan hati dan perasaan dan perkara itulah yang sedang saya hadapi sekarang. Tidak henti kekecewaan yang melanda hati walaupun saya cuba untuk merawatnya tetapi akhirnya kekecewaan juga yang saya dapatkan. Mungkin ini pembalasan kepada perbuatan lampau saya ataupun selayaknya saya terus dikecewakan? Atau kerana saya terlalu percayakan seseorang yang akhirnya memakan diri saya sendiri. Tidak bermaknakah segala pengorbanan yang telah saya buat? Ataupun tidak memadaikah dengan apa yang telah saya curahkan? Segalanya bermain-main dalam pemikiran saya.
Kalau dahulu segalanya sangat bermakna buat saya tetapi kini segalanya sudah tidak bermakna. Segalanya pahit untuk ditelan tetapi itulah namanya pembalasan. Pembalasan yang harus saya terima kerana terlalu mengagungkan seseorang yang akhirnya menghancurkan dengan sengaja hati dan perasaan saya.
Apapun segalanya saya terima kerana semuanya tidak akan berubah seperti dahulu. Kekecewaan demi kekecewaan menyedarkan saya bahawa dia tidak akan berubah. 'Dia tetap dia' dan itulah hakikat pahit dalam kehidupan saya.
Semoga tuhan memberi kelapangan hati kepada saya untuk menerima segalanya.
terima kasih sebab menzahirkan kekecewaan ini di sini, medium lain untuk i mengetahui perasaan u ketika ini...
ReplyDeleteorg yg x menghargai org lain adalah manusia yg tak bersyukur....
ReplyDeletebila tekene batang idong sndiri baru nak tau langit tinggi ke rendah....
org yg x menghargai org lain adalah org yg tak bersyukur.............
ReplyDeletebile tekene batang idong sndri bru nak tau langit tggi ke rendah.....