Pada pagi yang mendamaikan ini, saya mahu berkongsi sebuah cerita yang pada saya agak menarik untuk kita hayati sekadar untuk mengisi kekosongan masa dan sekadar bacaan untuk sesiapa sahaja yang sudi.
Dalam sebuah bandar terdapat seorang lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun, namanya Rizal, beliau sudah setahun lebih menamatkan pelajarannya diperingkat sekolah. Baru cuba untuk memasuki bidang pekerjaan. Untuk mencari pengalaman dan menyambil memohon pekerjaan disana sini, Rizal telah berkerja sebagai pembantu kedai buat sementara, beliau bekerja bersama teman sekolahnya yang telah membantu untuk mendapatkan pekerjaan ini. Lebih kurang 3 bulan Rizal bekerja sebagai pembantu kedai sehinggalah beliau ditawarkan pekerjaan yang lebih baik disektor kerajaan dengan jawatan sebagai kerani. Pengalaman bekerja selama 3 bulan telah memberi sedikit sebanyak pengalaman kepada Rizal untuk bekerja ditempat baru. Bersama-sama beliau, terdapat 2 orang lagi yang baru masuk kedua-duanya wanita dan berusia lebih tua sedikit dari Rizal, dan mereka bersahabat baik dan sering bekerjasama dalam segala urusan. Tiada masalah diantara mereka dan segalanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja.
Setahun selepas itu, organisasi di jabatan mahu diperbesarkan dan pengambilan pekerja baru dijalankan. Seorang pekerja baru berjawatan pegawai atasan Rizal telah masuk bekerja. Pada awalnya Rizal memandang biasa sahaja wanita tersebut, namanya Suryani. Rizal bekerja dibawahnya, dan banyak arahan-arahan baru yang dilaksanakan oleh Suryani kepada Rizal, sebagai seorang yang berdedikasi Rizal tiada masalah dengan segala arahan kerana beliau tahu kedudukannya sebagai pekerja bawahan. Suryani juga nampaknya begitu senang bekerja dengan Rizal. Sehinggalah Rizal bercuti selama seminggu kerana urusan keluarga, Suryani agak keresahan dan dia sendiri tidak tahu mengapa. Apabila Rizal naik semula bekerja, Suryani terus mendapatkan Rizal dan bertanya, selama seminggu ini Rizal kemana dan menanyakan khabar Rizal. Rizal yang ketika itu, baru naik kerja terpinga-pinga dan agak terkejut dengan pertanyaan dan keprihatinan Suryani. Tetapi dengan tersenyum beliau menjawab tenang segala pertanyaan Suryani. Sejak dari peristiwa itu ada sesuatu yang terdetik di hati Rizal. Sesuatu yang dia tidak sedar selama ini. Bahawa dia mula menyukai Suryani, huh sangat mengejutkan.
Namun begitu Rizal masih belum pasti dengan perasaannya, dan dia endah tidak endah sahaja dengan rasa yang mula wujud dalam hatinya. Selagi tidak mengganggu kepalanya elok sahaja diabaikan sekiranya itu yang terbaik untuk dilakukan. Suryani juga tidak menunjukkan sebarang reaksi kepadanya. Semuanya atas urusan kerja.
Tetapi Rizal agak pelik mengapa hatinya ceria takala dia menerima SMS dari Suryani, walaupun isi sms tersebut kadang-kadang arahan kerja. Tetapi hatinya begitu senang ketika menjawab setiap sms Suryani. Apa yang dapat Rizal rasa Suryani mula mengambil berat akan dirinya. Selalu bertanya sama ada Rizal dah makan atau belum, dan apabila Rizal bercuti Suryani pasti bertanya kemana beliau pergi. Sehingga boleh dikatakan mereka sering berbalas SMS walaupun mereka berada di meja masing-masing. Mereka saling mengenali melalui SMS, dan perkara ini berlarutan bertahun-tahun lamanya tanpa masing-masing meluahkan perasaan diantara mereka. Dalam bertahun-tahun SMS timbul bibit-bibit kasih, sayang dan akhirnya rasa cinta pada diri Rizal, dan dia semakin yakin dengan perasaannya kini.
Semakin hari Rizal semakin yakin dengan perasaannya, dan dia juga mula merasakan Suryani pun begitu, cuma Suryani tidak pernah memberitahunya apa-apa. Rizal nekad untuk memberitahu Suryani mengenai perasaanya. Pada satu hari Rizal datang ke stesen Petronas berdekatan dengan rumah Suryani dan meminta Suryani datang ke Petronas tersebut. Di dalam kereta mereka berbual dan Rizal memberanikan diri memegang tangan Suryani dan melafazkan kata-kata yang dia sayang pada Suryani dan menyintainya. Katanya lagi, selama beberapa tahun ini, perasaan sayang dan cintanya semakin mendalam sehingga Suryani berada ditempat yang tertinggi dalam hatinya. Begitu tingginya tempat yang Rizal letakkan Suryani dihatinya. Suryani tenang mendengar kata-kata Rizal dan tidak memberi sebarang komen selain terima kasih. Rizal pulang kerumah dengan perasaan yang lega kerana telah meluahkan perasaannya. Suryani menghantar pesanan ringkas kepada Rizal dengan mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana berterus terang dengannya, penjelasan Rizal telah membuatkan segala yang kelam selama ini semakin jelas dan dia memahami perasaan Rizal dan menerimanya sebagai kekasih. Senyuman yang lebar terukir dibibir Rizal setelah membaca SMS tersebut.
Sejak dari hari itu, hubungan yang biasa antara mereka menjadi luar biasa. Masing-masing apabila bertemu saling menguntum senyuman. Hari-hari mereka sangat indah. Setiap detik yang terluang mereka akan bertemu dan selalunya di Stesen Petronas berdekatan dengan rumah Suryani. Cinta antara mereka semakin mekar dan berkembang. Kedudukan Suryani dalam hati Rizal semakin kukuh, walaupun ada kadangkala kata-kata yang kurang enak didengari di pejabat, Rizal tidak ambil peduli. Selagi mereka tidak mengganggu kehidupan orang lain dan tidak menjejaskan kerja, padanya tiada salahnya hubungan mereka.
Organisasi pejabat mahu diperbesarkan dan beberapa unit baru ditubuhkan. Oleh itu ramai staf-staf baru masuk ke pejabat tempat Rizal dan Suryani bekerja. Beberapa pegawai muda dan kerani-kerani baru mula bekerja untuk memantapkan operasi dan fungsi jabatan tersebut. Seorang pegawai muda namanya Izham, gred jawatan sama dengan Suryani mula menunjukkan minat terhadap Suryani. Pada mulanya Suryani tidak mengambil peduli, tetapi kerana sikap Suryani yang suka berkawan, Izham semakin lama semakin berani mendekati Suryani. Pada mulanya Suryani memberitau Rizal tentang itu, dan timbul sedikit kemarahan dalam diri Rizal. Rizal meminta Suryani tidak melayaninya. Suryani hanya mendiamkan diri, dan Rizal yakin Suryani tidak akan mengkianatinya. Setelah peristiwa itu, Suryani sudah tidak mengadu apa-apa lagi pada Rizal mengenai Izham dan mungkin segalanya tiada apa-apa, fikir Rizal. Hubungan Rizal dan Suryani masih berjalan seperti biasa, namun terdapat sedikit keraguan dihati Rizal tentang Suryani. Rizal melihat Suryani sudah berubah, semakin hari semakin ketara. Suryani sudah kurang mengantar pesanan ringkas pada Rizal. Apabila Suryani keluar berjalan dengan Rizal, Suryani tidak berhenti mengsms seseorang. Apabila bersama Rizal, Suryani kelihatan resah dan menimbulkan syak dihati Rizal. Rizal pernah bertanyakan hal ini pada Suryani dan dengan yakin Suryani menyatakan kasihnya tidak berubah walau sedikit pun. Tetapi mengapa perangainya berubah? Itu menjadi persoalan kepada Rizal.
Sehinggalah pada suatu hari, Rizal keluar berjalan seorang diri. Tiba-tiba dia terpandang sepasang kekasih sedang berjalan berpimpin tangan. Dari segi rupa, Rizal memang kenal benar dengan pasangan tersebut. Rupanya dia ialah Suryani dan Izham. Menitik airmata Rizal melihat peristiwa itu. Betapa mesranya mereka seolah-olah dunia ini milik mereka. Betapa hancurnya hati Rizal ketika itu. Segala perasaan yang dicurahkan selama bertahun-tahun ini tidak berharga langsung kepada Suryani, tetapi kasih yang baru dicurahkan oleh Izham selama beberapa bulan ini yang didambakan oleh Suryani. Rizal benar-benar kecewa kerana dia meletakkan Suryani ditempat yang paling tinggi dalam hatinya tetapi ini balasan yang diterima olehnya atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberi. Banyak masa dengan keluarga telah diketepikan semata-mata untuk bersama dengan Suryani, sedangkan rupanya Suryani sedang asik membina kasih yang baru. Terduduk pilu Rizal disitu.
Rizal bertemu dengan Suryani untuk mendengar sendiri dari mulutnya, jawapan yang diberikan oleh Suryani sangat mengecewakan, dia tidak berdaya untuk menolak kerana Izham selalu mahu dekat dengannya. Jawapan yang sangat-sangat bodoh ditelinga Rizal. Kekecewaan demi kekecewaan dihantar oleh Suryani kepada Rizal setiap hari. Menambah luka yang semakin parah dalam hati Rizal. Sehinggalah Rizal bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak ditemuinya. Melihat keadaan Rizal yang tidak terurus sahabatnya mengetahui seolah ada perkara yang telah berlaku pada Rizal. Rizal dengan linangan airmata menceritakan segalanya kepada sahabatnya. Kata-kata sahabatnya ringkas tetapi bermakna, binalah hidup baru dan lupakanlah insan yang telah melukakan hati kamu itu. Biarlah tempat yang tertinggi dalam hatimu itu kosong kerana itu lebih baik daripada di isi oleh orang yang tidak tahu menghargainya. Sambil mengesat airmata, Rizal mengangukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
Demikianlah cerita CINTA ARJUNA yang akhirnya layu menyembah bumi. Kesian.......
mmg benar apa yg dikata oleh sahabat lama itu...
ReplyDeletebiarkan pt tertinggi itu kosong daripada diisi oleh insan yg tidak tahu mghargai...pedih n perit yg teramat bila diri n rasa yg tidak dihargai ini....
berat mata memandang berat lagi hati yg memikul
ReplyDelete