Saturday, January 16, 2010



Beberapa hari yang lepas, saya duduk berbual-bual dengan seorang sahabat. Beliau menceritakan sesuatu kepada saya berkenaan seseorang dalam hidupnya. Dari percakapannya saya dapati terdapat sedikit kekecewaan dalam hatinya. Apa yang saya boleh katakan padanya ialah bersabar kerana mungkin ada sebab mengapa dia begitu. Dalam pada itu saya melihat sahabat saya, perlakuannya dan juga sifat beliau dengan kawan-kawan lain dan akhirnya saya mendapat jawapan. Mengapa masalah tersebut berlaku pada beliau ialah sikapnya sendiri. 


Pada saya mengapa tidak seseorang dalam hidupnya itu asik mempertikaikan kasih sayangnya dan mengapa sering berlaku perang dingin antara mereka. Kerana saya pernah melalui situasi ini. Situasi yang meletihkan jiwa dan raga. Persoalan demi persoalan timbul setiap hari. Macam zaman saya study dulu pulak, mengapa, bila, dimana, siapa, bagaimana. Kalau belajar dah tentu akan dapat hasilnya, tetapi ini sesuatu yang sangat-sangat memenatkan. Dan rasanya memang tiada hasil yang boleh menggembirakan. Cuma kekecewaan sahaja hasilnya terutama apabila segala kecurigaan kita merupakan satu kebenaran.


Huh sangat-sangat menyakitkan. Dan saya memahami mengapa seseorang dalam hidup sahabat saya menjadi begitu. Mengapa beliau begitu tertekan, segalanya telah saya lalui. Tadi saya menonton tv dan ceritanya lebih kurang sama dengan isu yang sedang saya perkatakan ini. Apabila kita berada dalam situasi ini, segalanya serba tidak menjadi, ada sahaja perkara yang tidak kena pada mata dan hati, dan sekaligus membengkak didalam hati. Perkara ini sangat bahaya dalam sebuah perhubungan terutama yang melibatkan cinta dan perasaan. Kerana ia boleh membunuh apa yang ada dalam sebuah perhubungan sebelum ini. Tetapi saya percaya sahabat saya tidak mempunyai niat untuk melukakan hati seseorang beliau, apalagi untuk mengecewakannya. Cuma memang sikap beliau begitu, dan saya sebagai seorang sahabat hanya boleh menasihati dan melihat sahaja dari jauh.


Tetapi apapun semua itu adalah asam garam dalam kehidupan. Saya harap permasalahan beliau tidak akan berpanjangan kerana masih banyak lagi perkara lain yang perlu diuruskan dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan keadaan saya. Segalanya saya tinggalkan dibelakang, walaupun ada yang saya bawa kadangkala tetapi saya sudah tidak memikirkannya sangat-sangat. Pada saya biarlah ia menjadi pengajaran yang sangat berguna agar tidak terlalu mengutamakan perasaan kerana apabila kita kecewa, ia membuatkan kita jatuh tersemban ke bumi dan sangat menderita. Pengalaman betul-betul menjadi guru saya sekarang ni.

Ada pepatah menyebut :
"jika sayangkan seseorang, hendaklah kita melepaskannya pergi. Apabila dia kembali kepada kita, dia adalah milik kita, tetapi apabila dia tidak kembali maknanya dia bukan untuk kita"

3 comments:

  1. Benda yang anda lepaskan, adakah ianya kembali semula akhirnya? Saya yakin ia akan kembali...

    ReplyDelete
  2. buat masa ini dia masih pergi dari saya

    ReplyDelete
  3. kalau DIA x kembali jugak,
    myb ade org lain yg lbih baik
    Tuhan lbih mengetahui
    kita sbg mnsia berdoa n bertawakal

    ReplyDelete