Monday, January 25, 2010

KEHILANGAN

Hari ini saya dapat rasa sesuatu iaitu rasa kehilangan. Satu ruang khas yang selama ini terisi, hari ini tiba-tiba menjadi begitu sunyi dan sepi seolah tiada penghuni.
  

Sunday, January 24, 2010

Apa yang ku mahu



apa yang ku mahu 
ialah kesetiaan
apa yang ku mahu 
ialah kasih sayang
apa yang ku mahu 
ialah cinta


kesetiaan yang ku mahu
ialah isinya hanya kita berdua
kasih sayang yang ku mahu
adalah antara kita berdua
cinta yang ku mahu
ialah cinta yang suci 
diisi dengan tulus hati 
dan kejujuran
hanya untuk kita berdua
itu sahaja pintaku
itu sahaja yang ku mahu......darimu


Thursday, January 21, 2010

CINTA ARJUNA

Pada pagi yang mendamaikan ini, saya mahu berkongsi sebuah cerita yang pada saya agak menarik untuk kita hayati sekadar untuk mengisi kekosongan masa dan sekadar bacaan untuk sesiapa sahaja yang sudi.

Dalam sebuah bandar terdapat seorang lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun, namanya Rizal, beliau sudah setahun lebih menamatkan pelajarannya diperingkat sekolah. Baru cuba untuk memasuki bidang pekerjaan. Untuk mencari pengalaman dan menyambil memohon pekerjaan disana sini, Rizal telah berkerja sebagai pembantu kedai buat sementara, beliau bekerja bersama teman sekolahnya yang telah membantu untuk mendapatkan pekerjaan ini. Lebih kurang 3 bulan Rizal bekerja sebagai pembantu kedai sehinggalah beliau ditawarkan pekerjaan yang lebih baik disektor kerajaan dengan jawatan sebagai kerani. Pengalaman bekerja selama 3 bulan telah memberi sedikit sebanyak pengalaman kepada Rizal untuk bekerja ditempat baru. Bersama-sama beliau, terdapat 2 orang lagi yang baru masuk kedua-duanya wanita dan berusia lebih tua sedikit dari Rizal, dan mereka bersahabat baik dan sering bekerjasama dalam segala urusan. Tiada masalah diantara mereka dan segalanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja.


Setahun selepas itu, organisasi di jabatan mahu diperbesarkan dan pengambilan pekerja baru dijalankan. Seorang pekerja baru berjawatan pegawai atasan Rizal telah masuk bekerja. Pada awalnya Rizal memandang biasa sahaja wanita tersebut, namanya Suryani. Rizal bekerja dibawahnya, dan banyak arahan-arahan baru yang dilaksanakan oleh Suryani kepada Rizal, sebagai seorang yang berdedikasi Rizal tiada masalah dengan segala arahan kerana beliau tahu kedudukannya sebagai pekerja bawahan. Suryani juga nampaknya begitu senang bekerja dengan Rizal. Sehinggalah Rizal bercuti selama seminggu kerana urusan keluarga, Suryani agak keresahan dan dia sendiri tidak tahu mengapa. Apabila Rizal naik semula bekerja, Suryani terus mendapatkan Rizal dan bertanya, selama seminggu ini Rizal kemana dan menanyakan khabar Rizal. Rizal yang ketika itu, baru naik kerja terpinga-pinga dan agak terkejut dengan pertanyaan dan keprihatinan Suryani. Tetapi dengan tersenyum beliau menjawab tenang segala pertanyaan Suryani. Sejak dari peristiwa itu ada sesuatu yang terdetik di hati Rizal. Sesuatu yang dia tidak sedar selama ini. Bahawa dia mula menyukai Suryani, huh sangat mengejutkan.


Namun begitu Rizal masih belum pasti dengan perasaannya, dan dia endah tidak endah sahaja dengan rasa yang mula wujud dalam hatinya. Selagi tidak mengganggu kepalanya elok sahaja diabaikan sekiranya itu yang terbaik untuk dilakukan. Suryani juga tidak menunjukkan sebarang reaksi kepadanya. Semuanya atas urusan kerja. 


Tetapi Rizal agak pelik mengapa hatinya ceria takala dia menerima SMS dari Suryani, walaupun isi sms tersebut kadang-kadang arahan kerja. Tetapi hatinya begitu senang ketika menjawab setiap sms Suryani. Apa yang dapat Rizal rasa Suryani mula mengambil berat akan dirinya. Selalu bertanya sama ada Rizal dah makan atau belum, dan apabila Rizal bercuti Suryani pasti bertanya kemana beliau pergi. Sehingga boleh dikatakan mereka sering berbalas SMS walaupun mereka berada di meja masing-masing. Mereka saling mengenali melalui SMS, dan perkara ini berlarutan bertahun-tahun lamanya tanpa masing-masing meluahkan perasaan diantara mereka. Dalam bertahun-tahun SMS timbul bibit-bibit kasih, sayang dan akhirnya rasa cinta pada diri Rizal, dan dia semakin yakin dengan perasaannya kini. 


Semakin hari Rizal semakin yakin dengan perasaannya, dan dia juga mula merasakan Suryani pun begitu, cuma Suryani tidak pernah memberitahunya apa-apa. Rizal nekad untuk memberitahu Suryani mengenai perasaanya. Pada satu hari Rizal datang ke stesen Petronas berdekatan dengan rumah Suryani dan meminta Suryani datang ke Petronas tersebut. Di dalam kereta mereka berbual dan Rizal memberanikan diri memegang tangan Suryani dan melafazkan kata-kata yang dia sayang pada Suryani dan menyintainya. Katanya lagi, selama beberapa tahun ini, perasaan sayang dan cintanya semakin mendalam sehingga Suryani berada ditempat yang tertinggi dalam hatinya. Begitu tingginya tempat yang Rizal letakkan Suryani dihatinya. Suryani tenang mendengar kata-kata Rizal dan tidak memberi sebarang komen selain terima kasih. Rizal pulang kerumah dengan perasaan yang lega kerana telah meluahkan perasaannya. Suryani menghantar pesanan ringkas kepada Rizal dengan mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana berterus terang dengannya, penjelasan Rizal telah membuatkan segala yang kelam selama ini semakin jelas dan dia memahami perasaan Rizal dan menerimanya sebagai kekasih. Senyuman yang lebar terukir dibibir Rizal setelah membaca SMS tersebut.


Sejak dari hari itu, hubungan yang biasa antara mereka menjadi luar biasa. Masing-masing apabila bertemu saling menguntum senyuman. Hari-hari mereka sangat indah. Setiap detik yang terluang mereka akan bertemu dan selalunya di Stesen Petronas berdekatan dengan rumah Suryani. Cinta antara mereka semakin mekar dan berkembang. Kedudukan Suryani dalam hati Rizal semakin kukuh, walaupun ada kadangkala kata-kata yang kurang enak didengari di pejabat, Rizal tidak ambil peduli. Selagi mereka tidak mengganggu kehidupan orang lain dan tidak menjejaskan kerja, padanya tiada salahnya hubungan mereka.


Organisasi pejabat mahu diperbesarkan dan beberapa unit baru ditubuhkan. Oleh itu ramai staf-staf baru masuk ke pejabat tempat Rizal dan Suryani bekerja. Beberapa pegawai muda dan kerani-kerani baru mula bekerja untuk memantapkan operasi dan fungsi jabatan tersebut. Seorang pegawai muda namanya Izham, gred jawatan sama dengan Suryani mula menunjukkan minat terhadap Suryani. Pada mulanya Suryani tidak mengambil peduli, tetapi kerana sikap Suryani yang suka berkawan, Izham semakin lama semakin berani mendekati Suryani. Pada mulanya Suryani memberitau Rizal tentang itu, dan timbul sedikit kemarahan dalam diri Rizal. Rizal meminta Suryani tidak melayaninya. Suryani hanya mendiamkan diri, dan Rizal yakin Suryani tidak akan mengkianatinya. Setelah peristiwa itu, Suryani sudah tidak mengadu apa-apa lagi pada Rizal mengenai Izham dan mungkin segalanya tiada apa-apa, fikir Rizal. Hubungan Rizal dan Suryani masih berjalan seperti biasa, namun terdapat sedikit keraguan dihati Rizal tentang Suryani. Rizal melihat Suryani sudah berubah, semakin hari semakin ketara. Suryani sudah kurang mengantar pesanan ringkas pada Rizal. Apabila Suryani keluar berjalan dengan Rizal, Suryani tidak berhenti mengsms seseorang. Apabila bersama Rizal, Suryani kelihatan resah dan menimbulkan syak dihati Rizal. Rizal pernah bertanyakan hal ini pada Suryani dan dengan yakin Suryani menyatakan kasihnya tidak berubah walau sedikit pun. Tetapi mengapa perangainya berubah? Itu menjadi persoalan kepada Rizal.


Sehinggalah pada suatu hari, Rizal keluar berjalan seorang diri. Tiba-tiba dia terpandang sepasang kekasih sedang berjalan berpimpin tangan. Dari segi rupa, Rizal memang kenal benar dengan pasangan tersebut. Rupanya dia ialah Suryani dan Izham. Menitik airmata Rizal melihat peristiwa itu. Betapa mesranya mereka seolah-olah dunia ini milik mereka. Betapa hancurnya hati Rizal ketika itu. Segala perasaan yang dicurahkan selama bertahun-tahun ini tidak berharga langsung kepada Suryani, tetapi kasih yang baru dicurahkan oleh Izham selama beberapa bulan ini yang didambakan oleh Suryani. Rizal benar-benar kecewa kerana dia meletakkan Suryani ditempat yang paling tinggi dalam hatinya tetapi ini balasan yang diterima olehnya atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberi. Banyak masa dengan keluarga telah diketepikan semata-mata untuk bersama dengan Suryani, sedangkan rupanya Suryani sedang asik membina kasih yang baru. Terduduk pilu Rizal disitu. 


Rizal bertemu dengan Suryani untuk mendengar sendiri dari mulutnya, jawapan yang diberikan oleh Suryani sangat mengecewakan, dia tidak berdaya untuk menolak kerana Izham selalu mahu dekat dengannya. Jawapan yang sangat-sangat bodoh ditelinga Rizal. Kekecewaan demi kekecewaan dihantar oleh Suryani kepada Rizal setiap hari. Menambah luka yang semakin parah dalam hati Rizal. Sehinggalah Rizal bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak ditemuinya. Melihat keadaan Rizal yang tidak terurus sahabatnya mengetahui seolah ada perkara yang telah berlaku pada Rizal. Rizal dengan linangan airmata menceritakan segalanya kepada sahabatnya. Kata-kata sahabatnya ringkas tetapi bermakna, binalah hidup baru dan lupakanlah insan yang telah melukakan hati kamu itu. Biarlah tempat yang tertinggi dalam hatimu itu kosong kerana itu lebih baik daripada di isi oleh orang yang tidak tahu menghargainya. Sambil mengesat airmata, Rizal mengangukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.             


Demikianlah cerita CINTA ARJUNA yang akhirnya layu menyembah bumi. Kesian.......


Monday, January 18, 2010

IZHAN...... dan persahabatan



IZHAN sebuah nama yang sangat-sangat memberi erti kepada saya. Didalam nama tersebut terdapat sebuah perhubungan yang suci dan ikhlas. Tanpa mempunyai niat yang tidak baik dalam perhubungan yang dijalinkan, atau lebih tepat lagi persahabatan. Terlalu banyak perkara yang telah dikongsi bersama-sama dan berbagai rintangan juga telah diharungi bersama. Sehingga perubahan sikap sedikit sahaja dapat dikenalpasti diantara kami. Begitu rapatnya persahabahan yang terjalin.


Hari demi hari berlalu, begitu juga tahun bersilih ganti. Persahabatan yang terjalin semakin akrab dan semakin teguh. Walaupun banyak perkara yang ditimbulkan oleh orang sekeliling, yang mencari salah dan yang cuba mengganggu hal-hal peribadi, namun segalanya kami tempuhi dan tidak peduli. Kerana asas persahabatan kami kuat dan teguh, walaupun ada perkara-perkara kecil yang kadangkala membuat hati masing-masing panas tetapi asas yang kuat membuat segalanya, kembali seperti selalu.


Apa yang boleh dikatakan, IZHAN telah memberi warna dalam kehidupan saya yang selama ini tidak begitu berwarna-warni. Menceriakan hidup dan hati saya, selama ia setia disisi. Dan tidak dinafikan ia memberi juga kebahagiaan dalam jiwa saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada IZHAN yang sudi memberi segalanya kepada saya.


Apapun persahabatan merupakan satu perkara yang tidak dapat dielak oleh semua manusia didunia ini, selama kita masih berhubung dengan orang lain. Cuma yang membezakan ialah niat dihati. Sekiranya kita menjalin persahabatan atas dasar kepentingan untuk sesuatu, maknanya tiada penghargaan dalam perhubungan tersebut. Dan jika persahabatan dijalinkan dengan niat yang ikhlas, persahabatan tersebut akan kekal dalam hati, ingatan sehingga kita menutup mata. 


'IZHAN akan kekal dalam jiwa selamanya'  


Sunday, January 17, 2010



Pagi-pagi tadi saya dapat satu pesanan daripada seseorang yang saya kenali. Semasa membacanya saya masih tidur lagi. Tetapi kerana terkejutkan bunyi yang terkeluar itu, saya bangun jugalah tengok kot-kot ada hal penting atau kecemasan. Setelah membaca pesanan tersebut, saya terus tidur semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Padahal ia adalah sesuatu yang penting untuk seseorang tadi. Sekali lagi hati memainkan peranan disini, mengapa hati sekarang ini membeku.... dan sampai bila harus begini???? 


Saturday, January 16, 2010



Beberapa hari yang lepas, saya duduk berbual-bual dengan seorang sahabat. Beliau menceritakan sesuatu kepada saya berkenaan seseorang dalam hidupnya. Dari percakapannya saya dapati terdapat sedikit kekecewaan dalam hatinya. Apa yang saya boleh katakan padanya ialah bersabar kerana mungkin ada sebab mengapa dia begitu. Dalam pada itu saya melihat sahabat saya, perlakuannya dan juga sifat beliau dengan kawan-kawan lain dan akhirnya saya mendapat jawapan. Mengapa masalah tersebut berlaku pada beliau ialah sikapnya sendiri. 


Pada saya mengapa tidak seseorang dalam hidupnya itu asik mempertikaikan kasih sayangnya dan mengapa sering berlaku perang dingin antara mereka. Kerana saya pernah melalui situasi ini. Situasi yang meletihkan jiwa dan raga. Persoalan demi persoalan timbul setiap hari. Macam zaman saya study dulu pulak, mengapa, bila, dimana, siapa, bagaimana. Kalau belajar dah tentu akan dapat hasilnya, tetapi ini sesuatu yang sangat-sangat memenatkan. Dan rasanya memang tiada hasil yang boleh menggembirakan. Cuma kekecewaan sahaja hasilnya terutama apabila segala kecurigaan kita merupakan satu kebenaran.


Huh sangat-sangat menyakitkan. Dan saya memahami mengapa seseorang dalam hidup sahabat saya menjadi begitu. Mengapa beliau begitu tertekan, segalanya telah saya lalui. Tadi saya menonton tv dan ceritanya lebih kurang sama dengan isu yang sedang saya perkatakan ini. Apabila kita berada dalam situasi ini, segalanya serba tidak menjadi, ada sahaja perkara yang tidak kena pada mata dan hati, dan sekaligus membengkak didalam hati. Perkara ini sangat bahaya dalam sebuah perhubungan terutama yang melibatkan cinta dan perasaan. Kerana ia boleh membunuh apa yang ada dalam sebuah perhubungan sebelum ini. Tetapi saya percaya sahabat saya tidak mempunyai niat untuk melukakan hati seseorang beliau, apalagi untuk mengecewakannya. Cuma memang sikap beliau begitu, dan saya sebagai seorang sahabat hanya boleh menasihati dan melihat sahaja dari jauh.


Tetapi apapun semua itu adalah asam garam dalam kehidupan. Saya harap permasalahan beliau tidak akan berpanjangan kerana masih banyak lagi perkara lain yang perlu diuruskan dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan keadaan saya. Segalanya saya tinggalkan dibelakang, walaupun ada yang saya bawa kadangkala tetapi saya sudah tidak memikirkannya sangat-sangat. Pada saya biarlah ia menjadi pengajaran yang sangat berguna agar tidak terlalu mengutamakan perasaan kerana apabila kita kecewa, ia membuatkan kita jatuh tersemban ke bumi dan sangat menderita. Pengalaman betul-betul menjadi guru saya sekarang ni.

Ada pepatah menyebut :
"jika sayangkan seseorang, hendaklah kita melepaskannya pergi. Apabila dia kembali kepada kita, dia adalah milik kita, tetapi apabila dia tidak kembali maknanya dia bukan untuk kita"

Sunday, January 10, 2010

oh hati.....




Mengapa hati ini merasa sakit, dengan setiap kata-kata yang dikau lafazkan, mengapa hati merasa curiga dengan setiap jawapan yang diberikan. Mengapa kepercayaan sudah tidak wujud lagi diantara kita? Apakah sudah sampai masanya untuk kita tidak mempunyai ikatan hati lagi? Apakah sudah tawar kasih ini? Apakah hubungan ini sudah sampai ke penghujungnya? Mengapa segalanya serba tidak kena diantara kita? Mengapa hati ini sudah tidak mempunyai kepercayaan lagi? Mengapa sanggup dia perlakukan aku begitu? Mengapa pembohongan demi pembohongan diberikan kepadaku? Mengapa kasih sayangku dibalas begini padahal tidak pernah aku berpaling darimu. 


Persoalan demi persoalan terlontar keluar dari benak pemikiran, yang merunsingkan hati dan perasaan. Mengapa kasihnya juga yang ku tagih, walhal dia melakukan sewenangnya terhadap kasihku. Kekecewaan demi kekecewaan dihantar kepadaku setiap hari namun aku masih mengharapkan keajaiban darinya, padahal dia tidak akan berubah. Sampai bila harusku begini. 


Adakah harus aku melepaskannya untuk memberi kelapangan kepada ku juga. Apakah aku akan menemui kasih yang baru setelah sekian lama aku dengannya. Oh hati... apa yang harus aku lakukan untuk keluar dari kemelut ini. Tunjukkanlah jalan agar aku tidak terus begini, bantulah aku dan berilah kekuatan untuk aku melaluinya...


Saturday, January 9, 2010




Telah banyak yang kulewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung selama nodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasihMu

Kuingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah kuperbuat hingga kini

Kuingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalanMu

Bersihkan..
Terangi hariku

Tiada yang ada selainMu
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkanMu

Aku hanyalah manusia
Yang mencari jalanMu
Yang pasti kembali padaMu


Butakah cinta



Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya pendirian di hati


Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...


Kiranya semua itu
Tak memadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...


Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...


Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku menunggu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...


Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...



Friday, January 8, 2010

never let u go.....



dalam hidup saya, 
bukanlah ramai orang 
yang saya sayang,
selain family.
Sayang saya pada awak
tak pernah luak & tak mungkin
dapat saya lupakan.
Saya pegang kata-kata awak
"saya cuma ada awak je dalam hidup saya"
& sampai bila-bila pun
awak akan ada saya 
& saya akan ada awak!
I won't let you go!
NEVER! 
I LOVE YOU....
but i guess you won't love me until tomorrow, right?


Harapan




Hidup terus berjalan, sama ada ia lancar atau sebaliknya. Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dan banyak melakukan kesilapan, harapan terus diberikan agar hidup semakin baik tanpa perlu ada permasalahan yang menyesakkan kepala dan seterusnya mengganggu kesihatan. Begitu juga dengan harapan saya, agar hidup lebih tenang dan gembira. Mahu jauh dari segala kesedihan yang melampau, dan mahu jauh dari insan-insan yang memberi gangguan dalam hidup. 


Saya mahu berkerja dalam suasana yang sihat, tanpa ada tujuan tersembunyi. Saya mahu gembira dengan kerja saya, selagi rezeki saya masih di sini. Gembira dengan rakan-rakan sekerja dan diharapkan tidak memberi masalah kepada saya. Berharap tahun 2010 memberi kebahagiaan dalam hidup, kalau pun tidak banyak tetapi sekurangnya boleh membuatkan senyuman terukir kembali dibibir saya.   


Itulah harapan saya dan semoga tuhan membenarkan perkara itu berlaku. Amin...   

Thursday, January 7, 2010

My love


MY LOVE
the happiest place on earth
is my heart as you are in it
MY LOVE
the happiest person on earth
is me because you are with me
MY LOVE
the best thing on earth is love
for it brought you to me



Nukilan untuk seorang sahabat





Nukilan ini saya tujukan khas buat seorang sahabat... 


Segalanya saya luahkan di sini kerana saya tidak mampu untuk menuturkan semua dihadapannya. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa saya sangat senang sepanjang berkawan dengannya. Banyak benda yang telah saya kongsikan bersamanya, daripada gurauan, cerita kerjaya, cerita keluarga, cerita gembira tentang hidup, cerita sedih dan lain-lain. Sampai dia mengibaratkan saya melengkapi kehidupannya... hehe. Saya terima kata-kata beliau kerana itu adalah hak masing-masing untuk mengibarat saya sebagai apa dalam kehidupannya, selagi ianya baik biarlah dia berterusan beranggapan begitu. 


Namun begitu, setelah sekian lama bersama, perpisahan akan menjemput kami. Jelas kelihatan di wajahnya rasa sedih yang memang tidak dapat dia sembunyikan dari saya. Tetapi inilah kehidupan, telah berulang kali saya ingatkan dia tentang perkara yang bakal berlaku itu,namun nampaknya dia masih belum bersedia untuk melengkapkan diri dengan perpisahan. 


Apapun yang berlaku ini adalah ketentuan dari tuhan, dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Apa yang saya harapkan, agar sahabat saya ini jangan terus bersedih kerana saya tidak akan pernah melupakannya. Harapan saya juga semoga beliau terus tabah dan dikurniakan kesabaran untuk meneruskan kerjaya di sini tanpa saya di sisi. Kerana selagi tuhan masih membuka rezeki di sini, selagi itulah rezeki beliau di sini. Mudah-mudahan tuhan membantu dan memberi kelapangan dada kepadanya untuk terus berada di tempatnya. 


Segala kenangan indah bersama akan terus terpahat rapi dalam ingatan dan hati saya. Terima kasih atas segala perhatian dan pertolongan yang telah diberikan sepanjang kita bersama. Sesungguhnya segalanya tidak akan dapat saya balas. Terima kasih juga atas kasih sayang yang dihulurkan. Saya terima segalanya dengan ikhlas kerana persahabatan yang saya jalinkan dengannya adalah satu hubungan persahabatan yang ikhlas dari hati. Doa saya semoga hidupnya dilimpahi dengan rahmat dan sentiasa bertemankan kebahagiaan.       


Sekian, buat seorang sahabat yang setia.


'Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.'


KESETIAAN


Kesetiaan.... merujuk kepada perkataanya sahaja kita sudah memahami apa maksud setia. Tetapi ada macam-macam jenis setia, setia kepada pasangan, setia kepada ketua, setia kepada kerjaya, setia kepada keluarga dan macam-macam jenis lagi setia. Selagi bernama manusia konsep setia tidak boleh lari, sedangkan haiwan sendiri tahu untuk setia pada tuannya dan kenal pada tuannya, apatah lagi manusia. 


Di sini saya nak menyentuh kesetiaan kepada cinta dan yang ada kaitan dengan kehidupan, hati dan perasaan. Cinta yang dibina memerlukan kesetiaan tanpa kesetiaan sekuat manapun perasaan yang ada pada diri akan musnah sekiranya tidak wujud kesetiaan. Tidak kiralah berapa tahun sekalipun cinta itu dibina, apabila landasan asasnya tiada, akan hancur jua cinta tersebut. Kerana tanpa kesetiaan, tidak akan wujud juga kejujuran dalam hubungan. Apabila tiada kejujuran akan wujud pembohongan demi pembohongan untuk menutup segala kecurangan. 


Oleh itu kesetiaan merupakan tonggak asas kepada setiap perhubungan, terutamanya hubungan yang membabitkan jiwa dan raga.  Janganlah sesekali mempermainkan kesetiaan kerana kesannya adalah sangat dalam, sehingga boleh membunuh segala harapan dan semangat hidup seseorang. Jangan juga sesekali mempermainkan perasaan orang kerana rasanya juga amat menyakitkan. Sekuat manapun cinta apabila ditaburkan dengan pembohongan akan memusnahkan segala-galanya. Bukan mudah untuk membina cinta tetapi sangat mudah untuk membuatnya terluka dan bukan sekali, tetapi berpuluh kali dan akhirnya sekali lagi aku pasrah....



Semalam ada satu perkhabaran, apabila sampai kepada saya terus terukir senyuman yang panjang dan seterusnya memberi sedikit keceriaan dan kelegaan dalam kepala. Alhamdulillah doa saya dimakmulkan tuhan sekiranya perkara itu benar terjadi. Sepanjang petang saya terus mengukir senyuman dan saya rasa sudah lama saya tidak dapat lakukannya. Saya berharap selepas ini keceriaan terus menjengah di hati saya kerana telah terlalu lama keceriaan menghilang dari kehidupan saya. Semoga tuhan memakmulkan doa saya. Amin....


Wednesday, January 6, 2010



To the world 
you might be a person
 but to a person 
you might be the world


DOSA MENGUMPAT


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) . Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Tuesday, January 5, 2010

kecewa

Kecewa sesuatu yang berkait rapat dengan hati dan perasaan dan perkara itulah yang sedang saya hadapi sekarang. Tidak henti kekecewaan yang melanda hati walaupun saya cuba untuk merawatnya tetapi akhirnya kekecewaan juga yang saya dapatkan. Mungkin ini pembalasan kepada perbuatan lampau saya ataupun selayaknya saya terus dikecewakan? Atau kerana saya terlalu percayakan seseorang yang akhirnya memakan diri saya sendiri. Tidak bermaknakah segala pengorbanan yang telah saya buat? Ataupun tidak memadaikah dengan apa yang telah saya curahkan? Segalanya bermain-main dalam pemikiran saya. 
Kalau dahulu segalanya sangat bermakna buat saya tetapi kini segalanya sudah tidak bermakna. Segalanya pahit untuk ditelan tetapi itulah namanya pembalasan. Pembalasan yang harus saya terima kerana terlalu mengagungkan seseorang yang akhirnya menghancurkan dengan sengaja hati dan perasaan saya.
Apapun segalanya saya terima kerana semuanya tidak akan berubah seperti dahulu. Kekecewaan demi kekecewaan menyedarkan saya bahawa dia tidak akan berubah. 'Dia tetap dia' dan itulah hakikat pahit dalam kehidupan saya. 
Semoga tuhan memberi kelapangan hati kepada saya untuk menerima segalanya.


Sunday, January 3, 2010



semalaman terkenang kan dirimu
mengalir air mataku membasahi pipi
mengapa kau sanggup meninggalkan diriku
sedangkan kau tahu perasaan ini


kau berjanji akulah kekasihmu
sanggup ku singkirkan semua cinta yang lalu
tidak ku duga ini akan terjadi
kata perpisahan yang kau pinta


biarkanlah aku hidup sendirian
kerana hati ini telah dilukai





BEZA Sahabat & Kawan

Sahabat dan kawan dua perkataan yang berbeza bukan sahaja berbeza dari segi ejaan tetapi juga berbeza dari segi maknanya. Pada saya kita mudah untuk berjumpa insan yang menjadi kawan tetapi sangat sukar untuk bertemu dengan insan yang boleh menjadi sahabat. Kawan akan bila-bila masa sahaja menjadi lawan. 


Berlainan dengan sahabat, mereka ini sentiasa ada bila kita berada dalam kesulitan, sentiasa berdiri di belakang kita untuk menjadi benteng kedua sekiranya kita rebah dan ditimpa masalah. Tetapi bilangan sahabat ini tidaklah ramai kerana tidak semua orang mampu untuk menjadi sahabat. 


Ciri-ciri seorang sahabat dan kawan sangat mudah untuk dinilai. Seorang sahabat akan sentiasa ikhlas dengan sahabatnya, dalam segala segi, sentiasa berada di sisi tanpa perlu diminta. Sementara seorang kawan hanyalah peneman di saat tertentu, sekiranya waktu kerja hanya waktu itulah masanya untuk kita.


Dalam hidup saya, ramai yang telah saya temui sejak zaman persekolahan (kanak-kanak) sehingga kini. Bilangan sababat yang ditemui boleh dibilang dengan jari. Apabila masuk alam pekerjaan lagilah sukar menemui sahabat, rata-rata semuanya hanyalah kawan yang kini kebanyakannya menjadi lawan. Mereka tidak ikhlas menjalin persahabatan, masing-masing ada niat tersendiri untuk menjatuhkan orang, mencari kesalahan orang dan seterusnya memfitnah orang.


Golongan ini sangatlah ramai dan tidak akan senang melihat kesenangan orang lain. Rasa iri hati sentiasa menghantui sehingga sanggup memfitnah dan mentertawakan orang apabila musibah menimpa. Suasana begini tidak asing ditempat kerja saya. Dan rasanya ia tidak akan berubah sampai bila-bila. 


Tetapi hidup mesti diteruskan, walaupun golongan ini berada disekeliling saya sekurangnya sahabat masih tetap saya jumpa dicelah-celah golongan ini. Walaupun bilangannya tidak ramai tetapi sudah memadai untuk menjadi teman di kala suka dan duka. Sesungguhnya saya bersyukur dengan kehadiran mereka disisi.


Bagi golongan kawan yang kini menjadi lawan, sesungguhnya penyakit hati kalian semakin parah dan semakin berakar umbi dalam diri masing-masing. Jika dibiarkan akan menjadi barah yang akan menjalar keseluruh tubuh kalian. Tetapi sayangnya saya tidak berdaya untuk lakukan apa-apa, kerana kalian bahagia dengan apa yang telah kalian ada, dan saya hanya mampu untuk melihat segala gelagat dan segala pembohongan yang kalian taburkan. 


Semoga tuhan memberi kekuatan kepada saya untuk terus tabah berhadapan dengan orang-orang sebegini. Amin.....   







RINDU





jiwa sering berteman rindu
berjalan seiring dengan langkah
membawa diri ke destinasi
dan haluan yang hari-hari dilalui


penjalanan ini tiada henti
selagi destinasi masih di sini
berteman jiwa nan sepi
bersama rindu yang tidak reti berhenti


kerinduan terlalu, membuat jiwa terhimpit
terhimpit dengan indahnya kenangan
bersama insan yang sangat dicintai
tetapi segalanya kini hanya mimpi


ku rangkul rapi rindu ini
biar ia kekal di sini
menetap terus dalam hati
tanpa perlu merantau lagi


Friday, January 1, 2010

bisikan untuk insan tersayang



SELAMAT DATANG 2010





SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA, terutama kepada keluarga tersayang dan juga kawan-kawan yang jauh dan yang dekat. Semoga tahun ini memberi seribu kerahmatan dalam hidup. Segala yang berlaku sepanjang tahun 2009 akan kekal kemas abadi dalam ingatan kerana terlalu banyak kenangan pahit yang menimpa sepanjang tahun tersebut. Kepada orang-orang yang berkenaan semoga mendapat rahmat dan keinsafan agar berubah dan tidak berterusan menekan orang kerana tidak selamanya anda akan berada di atas.


Kepada insan-insan yang sentiasa berada dibelakang saya dan sentiasa memberi semangat dan sentiasa mendengar luahan saya, diucapkan ribuan terima kasih kerana sesungguhnya  nasihat yang diberikan sangat berguna untuk menguatkan jiwa yang sangat-sangat parah. Dalam waktu yang sama juga berbagai hal lain menerpa yang benar-benar mengganggu jiwa dan raga. 


Kepada insan tersayang diharapkan menemui kebahagiaan, mungkin saya tidak berdaya memberi itu semua sepanjang bersama saya. Segala ketelanjuran kata harap dimaafkan, semoga jumpa dengan jambatan cinta yang dicari selama ini.


Untuk ahli keluarga yang tengah belajar masing-masing di UUM, UITM, U Mansoura Egypt, UIAM, MRSM, S.M Sains dan di tempat-tempat lain yang saya tak dimaklumkan semoga kalian semua berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidup. Belajar bersungguh-sungguh dan jangan persiakan peluang yang ada sekarang.


Semoga tahun 2010 dilimpahi kerahmatan kepada kita semua...


Love you forever by Daniela Reynoso OrozcoLove you forever by Daniela Reynoso Orozco