Dalam kepekatan malam ini saya ingin meluahkan sesuatu rasa yang sangat-sangat membebani saya. Rasa yang sukar untuk diluahkan kepada orang lain. Segalanya selama ini tersimpan kemas dalam hati tanpa perlu untuk dikeluarkan kerana ianya sangat-sangat membahagiakan. Sehingga kini pun tidak dinafikan rasa bahagia itu masih terasa, hangat menyentuh jiwa. Segalanya akan kekal begitu kerana ia perlu begitu.
Namun hakikatnya berbeza dari apa yang tersemat didalam jiwa. Disinilah timbulnya kebenaran kata-kata 'kenyataan sangat-sangat memedihkan dan menyakitkan'. Dan penawarnya perlu dicari untuk meringankan beban yang benar-benar menyesakkan jiwa ini. Ikhlas adalah jawapannya. Penawar untuk meringankan kenyataan yang memedihkan tadi. Di mana harus ku cari ikhlas ini? Ikhlaskanlah hatiku ini, tenangkanlah segala gelodak jiwa yang merunsingkan ini, seandainya ia diterjah oleh ombak besar yang menghempas pantainya.... berilah kekuatan....
Keluhan yang panjang dilepaskan untuk memberi ruang kepada tarikan nafas yang panjang, agar memberi kelegaan di dada. Sedikit demi sedikit rasa sesak berkurangan namun rasa sebak pula mengambil giliran. Dimanakah ketenangan yang ku cari ini bersembunyi, datanglah kepadaku agar dapat ku nikmati kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment