Dahan untuk berpaut, istilah yang biasa saya dengar kerana dalam kehidupan manusia kita saling bergantung antara satu sama lain. Keakraban juga boleh menjadikan kita berpaut antara satu sama lain, sama ada pautannya sama-sama kukuh ataupun salah seorang sahaja yang berpaut sedangkan seorang lagi menjadi dahan. Situasi ini pernah saya lalui sendiri, betapa sukarnya apabila dahan yang saya paut terpaksa pergi meninggalkan saya. Tetapi alah bisa tegal biasa, saya dapat atasi pautan saya agar tidak menjejaskan kehidupan saya sebagaimana seseorang pernah memberitahu saya bahawa kehidupan harus diteruskan dalam apa keadaan sekalipun.
Kini, tanpa saya duga saya juga telah menjadi dahan untuk dipaut oleh seorang teman saya, dan yang paling mengejutkan, dia mengatakan bahawa saya adalah penguat semangatnya. Saya sangat-sangat terharu dengan pengakuannya. Tidak pernah orang menghargai saya sebegitu. Terima kasih yang teramat sangat kepada teman saya kerana menjadikan saya sebegitu istimewa. Namun saya tidak boleh terus menjadi dahan untuk dia berpaut kerana telah sampai masanya saya harus meninggalkannya atas sebab komitmen kepada kerja. Sepeninggalan saya diharapkan dia baik-baik sahaja dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa kerana hidup mesti diteruskan walau apa keadaan sekalipun. Permintaannya supaya saya tidak melupakannya akan saya tunaikan selagi hayat masih ada. Banyak perkara yang telah saya lalui bersamanya, susah payah saya juga banyak pertolongan yang telah dia hulurkan. Tidak terbalas segalanya. Pesanan saya khas untuknya bekerjalah dengan ikhlas kerana rezeki kita akan lebih diberkati, dan setiap apa yang berlaku sekarang ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
HIDUP MESTI BERANI TERIMA KENYATAAN... itulah yang saya pegang selama ini... serba sedikit untuk dikongsi bersama
ReplyDeletewalaupun kenyataan sebenarnya sangat-sangat menyakitkan
ReplyDeletekenyataan mmg amat pahit untuk ditelan tp abagai umatnye kte harus terima ng hati yg terbuka....
ReplyDelete