Beri hati ialah istilah umpama membalas permintaan seolah terpaksa, kadang-kadang situasi beri hati ini boleh mengundang gelak kepada saya, ada sekali, ayah saya meminta saya mengambil kek didapur, saya terus ambil sebiji kek dibawa ke depan, sambil senyum ayah saya berkata 'iza marah ke ayah suruh, sampai bawak semua ni'. Pada ketika itu, saya tak ada niat pun marah atau apa cuma untuk memudahkan untuk orang lain makan juga. Itu salah satu situasi 'beri hati'. Begitu juga dengan beberapa situasi dengan kawan-kawan saya, yang bila disuruh ambil sesuatu akan diberinya lebih dari satu atau dengan kata-kata 'nah ambil semua'. Itulah kawan-kawan terbaik saya. Walaupun kalian sudah terterabur di bumi Malaysia ni, saya tetap ingat segalanya tentang anda semua.
Izhan dan Adrina sudah lama tidak bertemu, membangkitkan kerinduan yang menebal diantara mereka. Semua ini disebabkan kekangan waktu Adrina yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas seharian dan juga keluarganya dan juga aktiviti hariannya. Kesibukan Adrina mengundang kesepian kepada Izhan, tetapi apa kan daya, dia hanya pasrah dengan keadaan Adrina dan cuba untuk memahami. Hari demi hari, masa untuk Izhan memang tiada dalam diari Adrina, membuatkan Izhan semakin berjauh hati. 'Sayang kenapa awak dah lain dengan saya' Izhan memulakan bicara di telefon. 'apa yang lain, saya tetap macamni, tak berubah apapun, keadaan yang berubah, orang sekeliling saya yang berubah dan semakin bertambah'. Saya tetap sama tak ada yang berubah tegas Adrina, nada suara Adrina agak keras bila setiap kali isu ini dibangkitkan. 'Saya cuma minta awak paham dengan keadaan saya pinta Adrina pada Izhan. Izhan melepaskan keluhan yang panjang, hatinya sedih dan pilu. Seluruh jiwa dan raganya telah diserahkan kepada Adrina, hidupnya tidak bermakna tanpa Adrina, segalanya Adrina, adrina, adrina. Bagaimanakah harus aku terus hidup begini. Keluh Izhan. 'terlanjur sudah ku berikan hatiku ini padamu Adrina, simpan dan jagalah ia baik-baik. bisik Izhan dalam hatinya.
Cerita di atas adalah kes beri hati juga, cuma ini kes naya. hehe
ini kes naya yg macam mana?
ReplyDeletejawab la...
ReplyDeletenaya sbb, menyerahkan hati belum tentu benda yang sama kita dapat sebagai balasan.
ReplyDeletesesuatu yg diberikan mstla dgn ati yg ikhlas
ReplyDeleteklu x, xyh bg tros
pape pn, keikhlasan x dpt dlihat dgn mata kasar mnsia
Tuhan je yg tau
jd ikhlasknla ati dlm ape jua keadaan