Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, tidur saya sering sahaja terganggu. kadangkala saya tidur awal pukul 10 malam, tetapi akan terjaga dalam pukul 4 pagi setiap hari. Dan selepas itu, sukar untuk saya kembali tidur semula. untuk lelap disiang hari juga sudah semakin sukar dan saya dapat rasakan yang tidur saya makin berkurangan. Tetapi nasib baik saya tidak mamai, cuma keadaan ini benar-benar buat saya tidak selesa. Apa sebenarnya yang berlaku pada diri saya. Apakah yang mengganggu saya selama ini menyebabkan semua ini berlaku. Rasa bimbang mula menyelubungi.
Kata-kata seseorang mengenai keadaan sahabat saya juga mula mencetuskan kebimbangan pada diri saya, bagaimanakan cara saya untuk membantunya. Saya macam tiada jawapan atau dalam erti kata sebenar saya buntu. Pergi ke sana sini tiada yang mahu membantu kerana alasan tertentu mereka. Mungkin pada mereka sahabat saya ni orang luar jadi bukan masalah mereka. Dan saya tidak boleh salahkan mereka kerana alasan yang diberikan masuk akal sebenarnya. Jadi sekarang saya cuma berdiri sendirian bersama seorang teman dan beberapa orang yang lain. Kami hanya boleh membantu dari jauh, selagi hati masih kuat untuk membantu. Tetapi selama mana saya dapat bertahan, saya sendiri tidak tahu, dan apa yang saya lakukan bersama yang lain diharapkan berjaya, dan janganlah memakan masa yang panjang kerana bimbang seperti kata ibu saya, 'hati dah mula tawar'.
Ketika ini saya benar-benar berada dalam keadaan yang tidak berdaya, tidak mampu untuk menghalang segala yang telah terjadi, sama seperti sebelum-sebelum ini. Ya Allah berikan aku kekuatan sekiranya aku harus terus berada disini, seandainya mengundur diri adalah yang terbaik bagimu, tunjukkanlah jalan untukku, permudahkanlah setiap langkahku dan berilah ketenangan hati' Amin.
Apapun yang saya lakukan adalah kerana keikhlasan kerana dari awal persahabatan dijalinkan atas dasar keikhlasan dan bukan untuk mengambil kesempatan atas kelemahannya. Semoga usaha yang saya dan beberapa orang yang lain lakukan memberi hasil kerana ia sangat-sangat penting untuk diri saya. Semoga Tuhan memakbulkan doa saya dan yang lain. Amin.
sahabat anda ni, sakit ke? atau menghadapi masalah keluarga? apa sebenarnya?
ReplyDeletedia ada masalah yang tidak disedari, kami kawan2 yang mengetahuinya
ReplyDeletecbela skadar yg termampu
ReplyDeletebykkn berdoa
slagi mne kte bley bertahan, bertahan je
cbe bygkn klu org laen smue mengundur diri
sape lg yg kwn kte nak hrapkan?
klu btol2 rse kwn kte tu pnting dlm idop kte,
kte tlg ape adenye