Wednesday, March 31, 2010

melepaskan.....

Melepaskan... huh satu tajuk yang sering menimbulkan tanda tanya, melepaskan apa? Macam-macam lepas ada, melepaskan anjing tersepit pun kira melepaskan juga, melepaskan keluhan, melepaskan lelah, lepas tension dan lain-lain lagi. Tetapi disini saya ingin memperkatakan melepaskan sesuatu yang sedari awalnya memang bukan milik kita. Apakah dia? 


Izhan membaringkan dirinya di atas sofa, sambil berbaring dia memikirkan sesuatu iaitu kata-kata Adrina padanya beberapa hari yang lalu. Lupakan saya han.... tergamam Izhan mendengar kata-kata keramat itu. Setelah sekian lama bersama itu yang dipinta oleh Adrina padanya. Ternyata apa yang selama ini dirasai oleh Izhan adalah satu kebenaran, Adrina memang telah banyak berubah, hatinya yang telah berubah. Mendengarkan itu, Izhan mendiamkan diri kerana sudah tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Segala-galanya sudah selesai diantara mereka.  

Izhan redha kerana sememangnya dari awal-awal perkenalan mereka, Izhan yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Adrina, sementara Adrina hanya menyambut sahaja cintanya itu, entah sambutannya tepat atau sipi hanya Adrina sahaja yang tahu. Izhan juga sedar sedari awal Adrina bukan miliknya kerana hati Adrina tidak dapat ditawan sepenuhnya. Izhan memejamkan matanya, perlahan-lahan dia cuba untuk menenangkan dirinya. Tanpa dia sedar air matanya gugur satu demi satu. Izhan bangun dari pembaringan, dan  terus mengambil kunci keretanya. Dia meluncur laju menuju kedestinasi yang tidak diketahui lagi.

Melepaskan Adrina.... itulah yang Izhan perlu lakukan... 'akan ku lepaskan kau pergi sayang kerana itu adalah kehendakmu'.....

Saturday, March 27, 2010

mencari bahagia yang hilang


Sementara mata masih belum mahu lelap, disamping saya menunggu untuk melepaskan pukul 12 malam, saya ingin menulis tentang sesuatu. Satu topik yang mahu saya perkatakan malam ini ialah mencari bahagia yang hilang. Bahagia sesuatu yang sangat subjektif, sama seperti cinta. Orang boleh menilai bahagia dari berbagai sudut, samada dari sudut kebendaan, kerjaya, cinta, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan lain-lain. Dari segi luaran apabila melihat seseorang itu ceria, berjaya dalam kerjaya, mempunyai keluarga yang mantap dengan kasih sayang, dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik, boleh dikatakan dia memiliki segalanya. Tetapi untuk diri seseorang kebahagian sebenarnya ialah dihatinya. Ketenangan hati adalah kunci kepada kebahagiaan. Kebahagiaan juga boleh hilang, mungkin disebabkan kesilapan sendiri atau disebabkan oleh perbuatan orang sekeliling, yang memang tidak dapat dinafikan mempunyai macam-macam ragam. Ada yang berpura-pura baik dihadapan sedangkan diri sebenarnya mahu mengenakan orang lain. Sama ada untuk dia disukai ataupun untuk membuat hidup seseorang merana, dan seterusnya menghilangkan kebahagiaan orang lain. Sedangkan sebenarnya kebahagiaan sendiri boleh dibina tanpa perlu meruntuhkan kebahagiaan yang telah sedia ada. Itulah namanya manusia, yang bersifat serba kekurangan dan kadangkala naif ataupun berselindung disebalik kenaifan. 



Izhan banyak termenung sekarang, hidupnya semakin sunyi kerana dia telah diketepikan oleh Adrina. Semakin dibiarkan semakin Adrina melupakannya, entah dimana silapnya, Adrina tiba-tiba sahaja berubah menjadi terlalu sibuk dengan aktivitinya. Dari pagi dia berkerja sampai kadang-kadang pukul 5.30 petang, tetapi dia tidak terus pulang ke rumah, ada sahaja tempat persinggahannya. Dan tempatnya adalah tempat yang sama setiap hari. Izhan mengetahuinya tetapi dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Perlakuan Adrina kadangkala menaikkan kemarahannya, dan dibalas dengan kemarahan juga oleh Adrina. Ibarat api bertemu dengan minyak petrol yang terus menyambar sesiapa sahaja yang mendekatinya. Itulah ibarat hubungan Izhan dan Adrina. 

Oleh kerana itu, hidup Izhan yang sebelum ini sangat bahagia, menjadi tidak ceria dan sengsara. Dia benar-benar merindui saat-saat dia berkejar pulang dari berkerja untuk bertemu dengan Adrina, menghabiskan masa bersama-sama, berbual berbagai perkara dan macam-macam lagi yang sebelum ini mereka kongsi bersama. Malangnya, Adrina tidak heran dengan semua itu, dia lebih suka menghabiskan masanya ditempat itu, setiap hari. Kadangkala waktu cuti juga Adrina ketempat itu. Apakah yang sebenarnya terjadi....

Ia memberi tekanan yang hebat dalam hidup Izhan, kerana dia terlalu menyintai Adrina. Tekanan yang tidak tertanggung akhirnya membawa Izhan ke satu situasi yang membuatkan Izhan melutut sambil menitiskan air mata, dia menadah tangannya kepada Ilahi dan berdoa..... begitu panjang rintihannya dan begitu banyak air mata yang tertumpah ketika itu. Selesai berdoa tiba-tiba terasa meresap satu rasa yang asing dalam dirinya. Rasa yang tidak terluah dengan kata-kata. 

Izhan merebahkan dirinya seketika, tekanan mula pergi meninggalkannya sedikit demi sedikit dan akhirnya Izhan terlelap dalam jiwa yang mula tenang. Dia mula redha dengan kenyataan, kerana itulah yang terbaik untuknya. 


Ini adalah salah satu cerita yang berkaitan dengan bahagia yang hilang, memang sangat sengsara, dan kalau diikutkan sangat akan membuatkan seseorang boleh sakit jiwa dibuatnya. Cuma kita kena fikir berbaloikah semua ini, sedangkan orang yang membuat kita sengsara tetap berbahagia dan tidak kisah pun apa yang berlaku pada kita. 

Untuk mencari bahagia yang hilang itu, berserahkan kepada tuhan kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kita. 


Wednesday, March 24, 2010

payahnya.....





Ketenangan yang dicari, lain pula yang ditemui. Itulah yang ingin saya perkatakan hari ini. Saya cuba untuk keluar dari kebiasaan dengan harapan dapat memberi paling tidak pun sedikit kegembiraan dalam hati, tapi ternyata gembira tidak kunjung tiba, hal lain pula yang timbul. Mengundang sakit kepala yang payah untuk sembuh, puas hati agaknya orang yang berkenaan.








Friday, March 19, 2010

beri hati


Beri hati ialah istilah umpama membalas permintaan seolah terpaksa, kadang-kadang situasi beri hati ini boleh mengundang gelak kepada saya, ada sekali, ayah saya meminta saya mengambil kek didapur, saya terus ambil sebiji kek dibawa ke depan, sambil senyum ayah saya berkata 'iza marah ke ayah suruh, sampai bawak semua ni'. Pada ketika itu, saya tak ada niat pun marah atau apa cuma untuk memudahkan untuk orang lain makan juga.  Itu salah satu situasi 'beri hati'. Begitu juga dengan beberapa situasi dengan kawan-kawan saya, yang bila disuruh ambil sesuatu akan diberinya lebih dari satu atau dengan kata-kata 'nah ambil semua'. Itulah kawan-kawan terbaik saya. Walaupun kalian sudah terterabur di bumi Malaysia ni, saya tetap ingat segalanya tentang anda semua. 



Izhan dan Adrina sudah lama tidak bertemu, membangkitkan kerinduan yang menebal diantara mereka. Semua ini disebabkan kekangan waktu Adrina yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas seharian dan juga keluarganya dan juga aktiviti hariannya. Kesibukan Adrina mengundang kesepian kepada Izhan, tetapi apa kan  daya, dia hanya pasrah dengan keadaan Adrina dan cuba untuk memahami. Hari demi hari, masa untuk Izhan memang tiada dalam diari Adrina, membuatkan Izhan semakin berjauh hati. 'Sayang kenapa awak dah lain dengan saya' Izhan memulakan bicara di telefon. 'apa yang lain, saya tetap macamni, tak berubah apapun, keadaan yang berubah, orang sekeliling saya yang berubah dan semakin bertambah'. Saya tetap sama tak ada yang berubah tegas Adrina, nada suara Adrina agak keras bila setiap kali isu ini dibangkitkan. 'Saya cuma minta awak paham dengan keadaan saya pinta Adrina pada Izhan. Izhan melepaskan keluhan yang panjang, hatinya sedih dan pilu. Seluruh jiwa dan raganya telah diserahkan kepada Adrina, hidupnya tidak bermakna tanpa Adrina, segalanya Adrina, adrina, adrina. Bagaimanakah harus aku terus hidup begini. Keluh Izhan. 'terlanjur sudah ku berikan hatiku ini padamu Adrina, simpan dan jagalah ia baik-baik. bisik Izhan dalam hatinya.

Cerita di atas adalah kes beri hati juga, cuma ini kes naya. hehe 
 

Thursday, March 18, 2010





Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu

Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan


Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini

Meski aku
Takkan pernah
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan






Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran


Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya



Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan


Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya


Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu


Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya


Wednesday, March 17, 2010

mendongak ke langit


Pagi-pagi tadi ada orang bertanya kenapa saya tidak menulis artikel yang baru, spontan saya menjawab tak ada idea nak menulis dan dia cuma kata ok. Dah tak ada benda nak buatlah tu sampai blog saya tak ada benda baru pun jadi hal. Haha. Kata bz manjang, tak reti nak tido ke, heheh tapi saya tahu dia nak melepaskan tension, maklumlah banyak bebanan tugas di bahunya dan bukan mudah pun. Kalau saya ditempatnya belum tentu saya dapat tangkap segala. Apapun duduk jauh-jauh tu baik-baik, ni sekarang saya tengah nak menulis artikel barulah ni.

Mendongak kelangit, sesuatu yang selalu saya lakukan, entah mengapa saya suka melihat ke atas. Warna-warnanya memang warna yang tidak menyakitkan mata dan boleh mendatangkan kedamaian. Pernah sekali saya memandang ke atas ketika itu hampir senja, pemandangannya sangat-sangat indah, kena pulak masa tu saya dikampung. Matahari turun dicelah-celah pokok pinang yang tinggi, tapi saya tak sempat nak mengambil gambar sebab hp masa tu ada dalam bilik. Jadi ia cuma terlekat dalam kepala saya. Cantik juga pemandangan di kampung saya rupanya. hehehe.

Sekiranya ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya akan melihat ke atas dan menarik satu nafas yang panjang untuk dilepaskan perlahan-lahan. Ada sedikit rasa puas di dada yang paling tidak pun sedikit membuka ruang untuk tarikan nafas yang seterusnya. 



Izhan mendongak ke langit seketika, sambil tersenyum dia merebahkan dirinya ke atas paha Adrina. Adrina memerhati Izhan dan dia juga tersenyum sambil bertanya 'Yg, apa yang awak fikirkan', Izhan menjawab ringkas 'kita'.' Kenapa dengan kita?', Izhan menjawab 'kita bahagia sayang, sangat-sangat bahagia, macam langit di atas aman dan tenteram, macam tulah kita. Adrina mengangguk faham dan hanya tersenyum melihat gelagat Izhan, biarlah dia buat apa yang dia suka, kerana itu membahagiakannya. Lama Izhan melihat ke atas, Adrina hampir lenguh meriba Izhan. 'Bangunlah yg, jom kita pegi ke tempat lain, saya lapar ni kata Adrina, Izhan bingkas bangun kerana dia sudah faham benar akan Adrina yang tidak tahan lapar. Sambil menarik tangan Adrina, dia membisikkan sesuatu di telinga, makan ais krim sedap kan sayang, Adrina mengangguk kerana yang penting perutnya mesti di isi segera. Mereka berdua meneruskan perjalanan mencari tempat makan yang tentunya mengikut kehendak Adrina, kerana Izhan tidak kisah makan apa sahaja, tetapi tidak Adrina yang agak cerewet tentang makan. Hubungan antara Izhan dan Adrina berjalan sekian lama, dan sangat-sangat membahagiakan mereka berdua. 

Heheh, tertulis cerita pulak, bukan cerita panjang pun. Pendek je, nanti-nanti saya akan tulis yang panjang. Sekadar berkongsi pengalaman untuk mereka yang selalu membaca blog saya. 

Friday, March 12, 2010

tempat mengadu





Dalam life saya banyak perkara yang telah saya lalui, suka duka, perkara yang menjejaskan nama baik, permasalahan dalam hubungan sesama manusia dan macam-macam lagi. Ada kalanya perkara tersebut saya pendamkan, tetapi apabila sampai satu tahap yang tinggi sangat, saya terpaksa meluahkannya. Bukan untuk mencari perhatian, cuma untuk memberi sedikit ruang lega kepada hati ini. Walaupun saya tahu masalah itu tetap sama dan tidak akan selesai pun. Dalam hal ini adalah tempat untuk saya luahkan termasuk yang terlalu peribadi. Namun kata-kata yang benar-benar memberi kesan pada saya ialah, kata-kata seorang sahabat.

'banyak-banyaklah bersabar, semua yang telah berlaku ini ada hikmah yang tersembunyi. Ia akan membuat awak lebih matang, lebih berpengetahuan dan lebih dewasa untuk menilai, memang perit tapi hadapilah ia dengan tabah'

Selepas mendengarkan itu, saya termenung seketika. Untuk itu, terima kasih sahabat, kerana meluangkan masa untuk mendengar pengaduan saya. Kini saya mengenali mereka-mereka yang setia berdiri dibelakang saya, dan ada disaat-saat saya memerlukan. Moga segalanya akan kekal sehingga ke akhir hayat. 

  

Wednesday, March 10, 2010

gagalkah aku?




Gagal.... dalam hidup saya istilah gagal ini jarang-jarang menjengah ataupun saya sebenarnya yang tidak mengendahkan kegagalan tersebut. Kerana saya sedaya upaya cuba untuk mengelakkan diri dari kegagalan. Tetapi beberapa hari yang lalu perkataan ini muncul semula dalam hidup saya setelah sekian lama ia tidak muncul. Kegagalannya ialah setelah 10 tahun mengenali seseorang saya masih gagal untuk mengetahui isi hatinya, mengetahui apa kehendaknya dan segala-galanya. Saya gagal menjadi peneman jiwanya yang memahami, walaupun hakikat sebenarnya, saya sangat-sangat setia kepadanya. Apapun saya dapat merasakan kekecewaan dan ia menambah siri-siri kekecewaan dalam hati saya. Apa yang dapat saya katakan pada insan berkenaan 'saya minta maaf kerana gagal menjadi seseorang yang baik dan memahami awak'. I'm really sorry honey.   


Doa buat ............



Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, tidur saya sering sahaja terganggu. kadangkala saya tidur awal pukul 10 malam, tetapi akan terjaga dalam pukul 4 pagi setiap hari. Dan selepas itu, sukar untuk saya kembali tidur semula. untuk lelap disiang hari juga sudah semakin sukar dan saya dapat rasakan yang tidur saya makin berkurangan. Tetapi nasib baik saya tidak mamai, cuma keadaan ini benar-benar buat saya tidak selesa. Apa sebenarnya yang berlaku pada diri saya. Apakah yang mengganggu saya selama ini menyebabkan semua ini berlaku. Rasa bimbang mula menyelubungi. 

Kata-kata seseorang mengenai keadaan sahabat saya juga mula mencetuskan kebimbangan pada diri saya, bagaimanakan cara saya untuk membantunya. Saya macam tiada jawapan atau dalam erti kata sebenar saya buntu. Pergi ke sana sini tiada yang mahu membantu kerana alasan tertentu mereka. Mungkin pada mereka sahabat saya ni orang luar jadi bukan masalah mereka. Dan saya tidak boleh salahkan mereka kerana alasan yang diberikan masuk akal sebenarnya. Jadi sekarang saya cuma berdiri sendirian bersama seorang teman dan beberapa orang yang lain. Kami hanya boleh membantu dari jauh, selagi hati masih kuat untuk membantu. Tetapi selama mana saya dapat bertahan, saya sendiri tidak tahu, dan apa yang saya lakukan bersama yang lain diharapkan berjaya, dan janganlah memakan masa yang panjang kerana bimbang seperti kata ibu saya, 'hati dah mula tawar'. 

Ketika ini saya benar-benar berada dalam keadaan yang tidak berdaya, tidak mampu untuk menghalang segala yang telah terjadi, sama seperti sebelum-sebelum ini. Ya Allah berikan aku kekuatan sekiranya aku harus terus berada disini, seandainya mengundur diri adalah yang terbaik bagimu, tunjukkanlah jalan untukku, permudahkanlah setiap langkahku dan berilah ketenangan hati' Amin. 

Apapun yang saya lakukan adalah kerana keikhlasan kerana dari awal persahabatan dijalinkan atas dasar keikhlasan dan bukan untuk mengambil kesempatan atas kelemahannya. Semoga usaha yang saya dan beberapa orang yang lain lakukan memberi hasil kerana ia sangat-sangat penting untuk diri saya. Semoga Tuhan memakbulkan doa saya dan yang lain. Amin.


Tuesday, March 9, 2010

keluhan dalam


Seperti biasa hari ini, saya menjalani hari-hari kerja. Berulang dari rumah ke pejabat dengan harapan tiada perkara yang menggelisahkan berlaku. Tetapi apa yang saya harapkan tidak pernah berlaku. Saban hari ada sahaja benda yang mengganggu sehingga menarik selera makan saya. Kenapalah saya perlu lalui semua ni, sedangkan hati saya tidak kuat untuk menempuhnya. mengapa saban hari hati saya semakin sedih dan semakin pedih. Apalah salah saya sehingga saya diperlakukan begini. Dimanakah letaknya akal fikiran manusia-manusia ini, sehingga membina sesuatu atas kepedihan orang lain. Tidak sedarkah mereka akan kesalahan mereka. ataupun mereka seronok sebenarnya.... mungkin juga... apapun terima kasih atas segala-galanya.


Selalu ku mengharapkan
 Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku



Saturday, March 6, 2010

mencari ikhlas


Dalam kepekatan malam ini saya ingin meluahkan sesuatu rasa yang sangat-sangat membebani saya. Rasa yang sukar untuk diluahkan kepada orang lain. Segalanya selama ini tersimpan kemas dalam hati tanpa perlu untuk dikeluarkan kerana ianya sangat-sangat membahagiakan. Sehingga kini pun tidak dinafikan rasa bahagia itu masih terasa, hangat menyentuh jiwa. Segalanya akan kekal begitu kerana ia perlu begitu. 

Namun hakikatnya berbeza dari apa yang tersemat didalam jiwa. Disinilah timbulnya kebenaran kata-kata 'kenyataan sangat-sangat memedihkan dan menyakitkan'. Dan penawarnya perlu dicari untuk meringankan beban yang benar-benar menyesakkan jiwa ini. Ikhlas adalah jawapannya. Penawar untuk meringankan kenyataan yang memedihkan tadi. Di mana harus ku cari ikhlas ini? Ikhlaskanlah hatiku ini, tenangkanlah segala gelodak jiwa yang merunsingkan ini, seandainya ia diterjah oleh ombak besar yang menghempas pantainya.... berilah kekuatan.... 

Keluhan yang panjang dilepaskan untuk memberi ruang kepada tarikan nafas yang panjang, agar memberi kelegaan di dada. Sedikit demi sedikit rasa sesak berkurangan namun rasa sebak pula mengambil giliran. Dimanakah ketenangan yang ku cari ini bersembunyi, datanglah kepadaku agar dapat ku nikmati kehidupan ini.  


Monday, March 1, 2010

dahan untuk berpaut



Dahan untuk berpaut, istilah yang biasa saya dengar kerana dalam kehidupan manusia kita saling bergantung antara satu sama lain. Keakraban juga boleh menjadikan kita berpaut antara satu sama lain, sama ada pautannya sama-sama kukuh ataupun salah seorang sahaja yang berpaut sedangkan seorang lagi menjadi dahan. Situasi ini pernah saya lalui sendiri, betapa sukarnya apabila dahan yang saya paut terpaksa pergi meninggalkan saya. Tetapi alah bisa tegal biasa, saya dapat atasi pautan saya agar tidak menjejaskan kehidupan saya sebagaimana seseorang pernah memberitahu saya bahawa kehidupan harus diteruskan dalam apa keadaan sekalipun.

Kini, tanpa saya duga saya juga telah menjadi dahan untuk dipaut oleh seorang teman saya, dan yang paling mengejutkan, dia mengatakan bahawa saya adalah penguat semangatnya. Saya sangat-sangat terharu dengan pengakuannya. Tidak pernah orang menghargai saya sebegitu. Terima kasih yang teramat sangat kepada teman saya kerana menjadikan saya sebegitu istimewa. Namun saya tidak boleh terus menjadi dahan untuk dia berpaut kerana telah sampai masanya saya harus meninggalkannya atas sebab komitmen kepada kerja. Sepeninggalan saya diharapkan dia baik-baik sahaja dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa kerana hidup mesti diteruskan walau apa keadaan sekalipun. Permintaannya supaya saya tidak melupakannya akan saya tunaikan selagi hayat masih ada. Banyak perkara yang telah saya lalui bersamanya, susah payah saya juga banyak pertolongan yang telah dia hulurkan. Tidak terbalas segalanya. Pesanan saya khas untuknya bekerjalah dengan ikhlas kerana rezeki kita akan lebih diberkati, dan setiap apa yang berlaku sekarang ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.