Thursday, February 11, 2010


Saya kembali ke ruangan bisu ini, untuk mengeluarkan sesuatu yang terasa sakit yang teramat di dalam. Sekali lagi saya jatuh tersungkur ke bumi, kali ini meninggalkan luka yang banyak pada batin dan jiwa saya. luka kerana kealpaan sendiri, salah sendiri. Hari ini saya berdiri tanpa jiwa, sebahagian daripadanya telah pergi meninggalkan saya sendirian di tempat yang mula asing bagi saya. Terpinga-pinga mencari arah tapi malangnya saya sendirian tanpa ada sesiapa. Jasad terus berjalan mencari arah yang dikenali tapi malangnya arah itu tidak dapat dikenalpasti. Segalanya menjadi begitu asing dan tidak dikenali. 


No comments:

Post a Comment