Mencari kegembiraan dalam hidup, satu topik yang selalu saya bualkan dengan kawan-kawan saya. Tidak kiralah sama ada berbual secara langsung ataupun berhubung melalui sms. Hehe kadangkala topik ini boleh menjadi gaduh atau perselisihan pendapat. Biasa sangat benda ni berlaku nak-nak sejak beberapa bulan lalu sehingga kini. Mencari kegembiraan ni kebiasaanya dengan pasangan hidup masing-masing, famili, kekasih dan sahabat. Tetapi biasanya apabila sudah mendirikan rumahtangga kegembiraan kita terletak pada pasangan hidup masing-masinglah. Kadang-kadang bila pagi-pagi tengok muka kawan tak ceria seperti selalu, akan terpacul keluar dari mulut, awak bergaduh dengan laki ke dan biasanya memang betul dan nampaklah kegembiraan kawan kita tadi pada siapa.
Tetapi tidak semua orang kegembiraannya terletak pada pasangan hidup, ada juga kegembiraannya terletak kepada orang luar dari lingkungan famili dan pasangan hidup. Nampak dan bunyi macam pelik tetapi itulah hakikat kehidupan. Kebahagiaan dan kegembiraan sebenar kita boleh terletak kepada sesiapa sahaja yang kita mahu selagi hati kita membenarkannya.
Rumit kan hati manusia ni, kadang-kadang kepala cuba untuk mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lain, tetapi bukan mudah memaksa hati untuk ikut kehendak kepala. Bukan mudah! Hati terlalu kuat dengan seseorang dan dia tidak akan mudah untuk meninggalkannya. Adakah kegembiraannya kepada seseorang tersebut. Jawapannya dah pasti YA.... Ia tidak boleh diganti dengan sesuatu yang lain, kerana kegembiraan yang sebenar berada dengan seseorang tersebut. Sekiranya ada kegembiraan yang lain, ia tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Kerana pokok pangkalnya kegembiraaan sebenar adalah kegembiraan yang ada didalam bukan diluaran. Kita boleh ketawa sebanyak manapun tetapi didalam tidak semestinya seiring dengan tawa riang kita diluar. Sekiranya sekeping hati kita gembira secara tidak langsung akan terpancar keluar melalui air muka kita, tetapi apabila sekeping hati tersebut tidak gembira akan terkeluar juga kesedihan walaupun tidak dituturkan.
Ada seorang teman memberitahu saya, bahawa hati manusia ini kepunyaan Allah, dan kita mintalah darinya. Sekiranya kita mahu ketenangan, kelapangan dan kegembiraan. Dan saya sebagai seorang muslim akan selalu meminta dan berdoa kepadanya, agar mudah-mudahan saya dapat yang terbaik darinya.
No comments:
Post a Comment