Saturday, February 13, 2010



Hari ini adalah hari terakhir sebelum saya bercuti selama seminggu sempena tahun baru cina. Dah lama saya tunggu saat-saat ini. Boleh saya berehat lama sikit dan yang penting boleh bangun lambat sikit. Tapi saya bukanlah kaki tidur cuma sesekali apabila setiap hari bangun awal nak juga rasa bangun lambat. Mud untuk ke tempat kerja pun bukannya ada sangat. Kira menghabiskan sisa-sisa hari sebelum saya berpindah ke tempat baru. Bukan mudah untuk melalui hari-hari dengan mud yang selalu tak ada. Cuma turutkan sahaja, apa yang sepatutnya dilakukan dan dimana sepatutnya saya berada dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Nasib baiklah kadang kala saya dipanggil untuk mesyuarat ke JB, adalah lain sikit hari yang saya lalui tak adalah sama sahaja setiap hari. Kira sangat membosankan, cuma tidak diturutkan sangat rasa hati ini. Sebab kalau diikutkan sangat boleh binasa hidup yang saya bina selama ini.

Sebelum ini ada jugalah keseronokan menjengah dalam aktiviti harian saya, tetapi sekarang ini segala keseronokan telah punah dan rasanya tidak akan dapat saya jumpa lagi segala keseronokan tersebut. Tetapi saya akan cuba juga lalui segala keadaan ini kerana itulah kehidupan. Tidak selamanya kita akan dapat apa yang kita nak dan biarlah segalanya berlalu. Usia juga makin meningkat bermakna makin kenal kita akan kehidupan ini. Bermacam ragam manusia yang ditemui sama ada yang baik atau sebaliknya. Huh memang sangat memeritkan apabila mengenali manusia yang menyebuk dalam hal kehidupan kita, sangat merimaskan. ada juga manusia yang menganiaya sesama rakan sekerja, semata-mata untuk menaikkan saham sendiri. Masa bos datang masa itulah lintang pukang buat kerja segala, walaupun takat melihat fail dan menaip benda-benda bodoh yang tidak penting. Sanggup tidak keluar makan disebabkan bos datang (untuk tunjuk rajin), pada saya entah apa-apa manusia spesis ini. Berpura-pura dan tidak ikhlas dalam pekerjaan, dan itulah sikap sebenarnya manusia tersebut sesama manusia lain. Bila bos dah balik masing-masing buka 'Facebook' .

Tetapi dalam masyarakat kita, manusia seperti di ataslah yang selalu diangkat, dipuji dan diberi kepercayaan 100%. Dan selalunya dilantik menjadi mata dan telinga kepada orang atasan, seandainya benda yang tidak betul yang disampaikan akan jadilah fitnah untuk menjatuhkan orang lain, memburuk-burukkan nama baik orang lain dan seterusnya menjatuhkan maruah orang lain. Lihatlah betapa banyaknya kesalahan yang golongan ini lakukan. Tetapi golongan ini masih tidak puas lagi, malahan tidak merasa bersalah pun, sebab itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Perkara ini akan terus mereka lakukan kerana ia memberi keseronokan dan mengisi masa-masa lapang yang sangat banyak apabila dipejabat. 

Hehehe sekadar meluah rasa, kerana terlalu ramai golongan ini di pejabat saya. Organisasinya tidaklah besar mana tetapi manusia jahanam begitu ramai sehingga boleh membentuk kumpulan yang kuat dan disokong sepenuhnya oleh orang atasan. Sangat-sangat menyedihkan melihat kelakuan orang melayu kita, otak dan hati kurniaan tuhan yang begitu hebat digunakan untuk tujuan yang tidak berfaedah. Saya rasa kalau mereka ini semua sambung belajar mesti dapat result cemerlang sebab pandai kembangkan cerita, banyak idea, pandai membuat andaian dan kadangkala andaian mereka sangat-sangat kreatif. Huh bijak laksana sungguh! Dan padanlah dengan gelaran PHD untuk manusia-manusia seperti ini. 

Melihat keadaan seperti ini, diharapkan saya tidak tergolong menjadi seperti mereka, biarlah terpinggir kerana itu adalah lebih baik dari mempunyai kawan-kawan yang ramai tetapi  menikam kita dari belakang. Biarlah kawan tidak ramai tetapi berkualiti, kerana kawan adalah tempat untuk kita mengadu dan meminta pertolongan. Semoga tuhan menunjukan saya jalan yang terbaik untuk dipilih. Amin. 

  

2 comments:

  1. amin...mudah2han kte dijauhkan dr golongan manusia seperti di atas.....

    ReplyDelete
  2. mnsia2 cmtu wt bodo je
    wt bzir karen je pk psl dorg tu
    xpe klu kte snsorg
    lantak r dorg kate kte kera sumbang ke hape ke
    yg pnting kte tau ape yg kte wt tu btol
    x rugi pn idop klu x berkawan ngn mnsia begitu rupe...

    ReplyDelete