Thursday, February 11, 2010

Pulang



Dari remaja hinggalah kini hanya ada satu tempat yang benar-benar memberi kedamaian kepada diri dan minda saya. membangkitkan keceriaan yang jarang singgah dihati saya. Pada hari ini saya ingin menceritakan tempat ini untuk mengisi blog ini. Tempat ini tak lain dan tak bukan ialah kampung saya. hehehe. Sape yang tak suka balik kampung ye tak. Orang yang tak ada kampung sahaja yang tidak memahami dan tidak merasa betapa bahagianya bila sekali sekala kita pulang ke tempat asal. Sekarang ni musim cuti, apalagi kampunglah destinasi yang akan saya tuju nanti. Jom ikut....

Kampung saya bukanlah jauh sangat, dekat Pontian je. Perjalanan dalam 1jam setengah dari Johor Bahru, tetapi selalunya kalau saya yang balik ke kampung, bertolak dari rumah dalam tengahari dan sampai di sana biasanya dah malam sebab banyak persinggahan. Biasalah saya memang suka berjalan dan suka nak melihat barang-barang walaupun kadang-kadang tak beli apapun. Nak buat macamana dah memang perangai macam tu. Tapi kadang-kadang bila tiba mud nak membeli memanglah saya akan beli apa yang saya nak cuma amik masa sikit. Orang-orang yang kenal saya dah paham sangat dengan perangai saya jadi tak delah pelik sangat untuk diaorang.

Saya sebenarnya bersekolah dikampung, setiap kali lalu dihadapan sekolah saya, pasti saya akan menoleh tak tau kenapa memang automatik leher akan menoleh kearah sekolah tersebut walaupun kadang-kadang tak nampak apa sebab dah malam. Nak kata kenangan manis sangat tak adalah, kena rotan dan kena marah selalu tu ada. Ada sorang cikgu ni, rumahnya tidak jauh dari rumah datuk saya, saya cukup takut dengan dia. setiap kali kalau terserempak dengan dia saya pasti akan bersembunyi, tidak kiranya dekat kedai ke, dekat rumah orang ke atau belakang pokok. Saya cukup tak suka terserempak dengan dia. dan dia pun macam tau-tau je saya takut dengan dia, kadang-kadang kalau tak sempat sembunyi dia akan merenung saya dari jauh sambil bawak motor kapcainya. Merenung dengan muka garang dia. Tak boleh lupa saya dengan cikgu yang sorang ni. Tapi sekarang ni dia telah dipanggil mengadap tuhan. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman, tu doa saya untuk cikgu.

Teman-teman satu sekolah saya kebanyakkannya tidak tinggal dikampung, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri, ada yang ke Kuala Lumpur dan ada juga yang di Johor Bahru. Dan saya tak dapat kesan diaorang ni semua. Cuma ada beberapa orang yang tinggal di kampung, tapi kalau jumpa pun, masing-masing dah tak cam sebab masa kami berpisah dulu umur dalam 12 tahun, kira kecik lagi. sekarang ni kira dah tua jugaklah. Rupa pun dah berubah.

Tapi apapun, saya tetap bahagia apabila pulang ke kampung. Sedara mara masih ramai lagi di sana. Cuma kadang-kadang tak sempat berjumpa kecuali hari raya. Tetapi setiap kali saya merasa tertekan dan bersedih inilah tempat yang akan saya cari untuk mengembalikan keceriaan dan meredakan paling tidak pun sedikit kesedihan yang ada didalam hati saya. Dan saya tidak pernah jemu untuk kembali dan kembali kesini. Semoga tempat ini akan kekal menjadi peneman jiwa saya yang setia, kerana ia tidak akan pernah meninggalkan saya.

Macam tulah cerita serba sedikit pasal kampung saya, nak cerita panjang-panjang bosan pulak kalau ada orang yang membacanya, nak-nak orang tu tak ada kampung. hahahaa.



3 comments:

  1. selamat balik kampung....semoga selamat dalam perjalanan dan semoga berjumpa dengan keceriaan yang diharapkan di sana nanti....

    ReplyDelete
  2. terima kasih. harap awk pun sama.

    ReplyDelete
  3. wah
    mnariknye!!!
    nk gak blik kg
    dpt blik msia pn da kire bersyukur gak
    tp citer psl kg ni mmg sgt mengharukan n menyedihkan...
    nk nanges ni...
    sdey yg amat
    doakn cuwen dpt blik thn ni =P

    ReplyDelete