Bila saya mula menulis di sini maknanya ada sesuatu yang terbuku di hati yang mahu saya luahkan. Dan ia sekadar untuk memberi sedikit kelegaan kepada hati agar merasa tenang dan lega. Kerana bukan mudah untuk meluahkan sesuatu pada orang, kerana bukan semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Jadi biarlah di ruangan bisu ini menjadi tempat untuk dicurahkan segalanya.
Ada sesuatu yang terbit dihati saya ketika ini, cuma saya tak pasti sama ada ia benar lahir sendiri atau pun ia sengaja diwujudkan oleh diri saya sendiri. Ia terbit dari dalam hati yang paling dalam, dan ia datang sekiranya saya bersendirian.
Adakalanya mahu saja saya abaikan kewujudannya, kerana itu lebih baik. Tetapi hati tidak mahu melepaskannya secara sebenar-benarnya. Saya masih belum berjaya untuk melaksanakannya. Walaupun telah saya cuba beberapa kali, tetapi hati tetap tidak mahu melepaskannya pergi.
Ketika ini, rasa itu sangat-sangat dalam. Dan ia mencengkam seluruh hati saya. Bahasa hati yang kadang-kadang saya sendiri tidak memahaminya. Apakah kehendak dia sebenarnya, apakah yang dicari selama ini. Saya sendiri tidak tahu.
Rasa itu kadang2 terlalu dalam untuk ditafsirkan...namun hati mengetahui segalanya. Tidak guna berdusta kerana ia hanya akan menambahperitkan lagi kesedihan yang terbelenggu....
ReplyDelete