Hari ini 25 Februari 2010 merupakan hari terakhir saya di MKT, setelah 5 tahun saya bertugas di sini. Selepas pukul 5.00 nanti saya akan meninggalkan bilik saya yang banyak menyimpan kenangan indah dan pahit sepanjang bertugas di sini. Apapun diharapkan penghuni yang baru bilik ini akan lebih baik dari saya, dan meneruskan semangat yang ada di sini. Amin.
Thursday, February 25, 2010
Friday, February 19, 2010
bukan mudah mencari kegembiraan
Mencari kegembiraan dalam hidup, satu topik yang selalu saya bualkan dengan kawan-kawan saya. Tidak kiralah sama ada berbual secara langsung ataupun berhubung melalui sms. Hehe kadangkala topik ini boleh menjadi gaduh atau perselisihan pendapat. Biasa sangat benda ni berlaku nak-nak sejak beberapa bulan lalu sehingga kini. Mencari kegembiraan ni kebiasaanya dengan pasangan hidup masing-masing, famili, kekasih dan sahabat. Tetapi biasanya apabila sudah mendirikan rumahtangga kegembiraan kita terletak pada pasangan hidup masing-masinglah. Kadang-kadang bila pagi-pagi tengok muka kawan tak ceria seperti selalu, akan terpacul keluar dari mulut, awak bergaduh dengan laki ke dan biasanya memang betul dan nampaklah kegembiraan kawan kita tadi pada siapa.
Tetapi tidak semua orang kegembiraannya terletak pada pasangan hidup, ada juga kegembiraannya terletak kepada orang luar dari lingkungan famili dan pasangan hidup. Nampak dan bunyi macam pelik tetapi itulah hakikat kehidupan. Kebahagiaan dan kegembiraan sebenar kita boleh terletak kepada sesiapa sahaja yang kita mahu selagi hati kita membenarkannya.
Rumit kan hati manusia ni, kadang-kadang kepala cuba untuk mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lain, tetapi bukan mudah memaksa hati untuk ikut kehendak kepala. Bukan mudah! Hati terlalu kuat dengan seseorang dan dia tidak akan mudah untuk meninggalkannya. Adakah kegembiraannya kepada seseorang tersebut. Jawapannya dah pasti YA.... Ia tidak boleh diganti dengan sesuatu yang lain, kerana kegembiraan yang sebenar berada dengan seseorang tersebut. Sekiranya ada kegembiraan yang lain, ia tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Kerana pokok pangkalnya kegembiraaan sebenar adalah kegembiraan yang ada didalam bukan diluaran. Kita boleh ketawa sebanyak manapun tetapi didalam tidak semestinya seiring dengan tawa riang kita diluar. Sekiranya sekeping hati kita gembira secara tidak langsung akan terpancar keluar melalui air muka kita, tetapi apabila sekeping hati tersebut tidak gembira akan terkeluar juga kesedihan walaupun tidak dituturkan.
Ada seorang teman memberitahu saya, bahawa hati manusia ini kepunyaan Allah, dan kita mintalah darinya. Sekiranya kita mahu ketenangan, kelapangan dan kegembiraan. Dan saya sebagai seorang muslim akan selalu meminta dan berdoa kepadanya, agar mudah-mudahan saya dapat yang terbaik darinya.
Saturday, February 13, 2010
Semalam secara tidak sengaja saya ternaik sebuah kereta kawan kepada kawan saya. Pengalaman jugalah. Besnya naik kereta orang. Lepas ni bolehlah pasang angan-angan untuk dapatkan satu kereta tersebut. Boleh tetapkan fokus supaya kepala tidak lagi memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
Amacam cantikkan. Besnya kalau dapat. hehehe. Buat masa ni mimpi jelah dulu.
Hari ini adalah hari terakhir sebelum saya bercuti selama seminggu sempena tahun baru cina. Dah lama saya tunggu saat-saat ini. Boleh saya berehat lama sikit dan yang penting boleh bangun lambat sikit. Tapi saya bukanlah kaki tidur cuma sesekali apabila setiap hari bangun awal nak juga rasa bangun lambat. Mud untuk ke tempat kerja pun bukannya ada sangat. Kira menghabiskan sisa-sisa hari sebelum saya berpindah ke tempat baru. Bukan mudah untuk melalui hari-hari dengan mud yang selalu tak ada. Cuma turutkan sahaja, apa yang sepatutnya dilakukan dan dimana sepatutnya saya berada dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Nasib baiklah kadang kala saya dipanggil untuk mesyuarat ke JB, adalah lain sikit hari yang saya lalui tak adalah sama sahaja setiap hari. Kira sangat membosankan, cuma tidak diturutkan sangat rasa hati ini. Sebab kalau diikutkan sangat boleh binasa hidup yang saya bina selama ini.
Sebelum ini ada jugalah keseronokan menjengah dalam aktiviti harian saya, tetapi sekarang ini segala keseronokan telah punah dan rasanya tidak akan dapat saya jumpa lagi segala keseronokan tersebut. Tetapi saya akan cuba juga lalui segala keadaan ini kerana itulah kehidupan. Tidak selamanya kita akan dapat apa yang kita nak dan biarlah segalanya berlalu. Usia juga makin meningkat bermakna makin kenal kita akan kehidupan ini. Bermacam ragam manusia yang ditemui sama ada yang baik atau sebaliknya. Huh memang sangat memeritkan apabila mengenali manusia yang menyebuk dalam hal kehidupan kita, sangat merimaskan. ada juga manusia yang menganiaya sesama rakan sekerja, semata-mata untuk menaikkan saham sendiri. Masa bos datang masa itulah lintang pukang buat kerja segala, walaupun takat melihat fail dan menaip benda-benda bodoh yang tidak penting. Sanggup tidak keluar makan disebabkan bos datang (untuk tunjuk rajin), pada saya entah apa-apa manusia spesis ini. Berpura-pura dan tidak ikhlas dalam pekerjaan, dan itulah sikap sebenarnya manusia tersebut sesama manusia lain. Bila bos dah balik masing-masing buka 'Facebook' .
Tetapi dalam masyarakat kita, manusia seperti di ataslah yang selalu diangkat, dipuji dan diberi kepercayaan 100%. Dan selalunya dilantik menjadi mata dan telinga kepada orang atasan, seandainya benda yang tidak betul yang disampaikan akan jadilah fitnah untuk menjatuhkan orang lain, memburuk-burukkan nama baik orang lain dan seterusnya menjatuhkan maruah orang lain. Lihatlah betapa banyaknya kesalahan yang golongan ini lakukan. Tetapi golongan ini masih tidak puas lagi, malahan tidak merasa bersalah pun, sebab itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Perkara ini akan terus mereka lakukan kerana ia memberi keseronokan dan mengisi masa-masa lapang yang sangat banyak apabila dipejabat.
Hehehe sekadar meluah rasa, kerana terlalu ramai golongan ini di pejabat saya. Organisasinya tidaklah besar mana tetapi manusia jahanam begitu ramai sehingga boleh membentuk kumpulan yang kuat dan disokong sepenuhnya oleh orang atasan. Sangat-sangat menyedihkan melihat kelakuan orang melayu kita, otak dan hati kurniaan tuhan yang begitu hebat digunakan untuk tujuan yang tidak berfaedah. Saya rasa kalau mereka ini semua sambung belajar mesti dapat result cemerlang sebab pandai kembangkan cerita, banyak idea, pandai membuat andaian dan kadangkala andaian mereka sangat-sangat kreatif. Huh bijak laksana sungguh! Dan padanlah dengan gelaran PHD untuk manusia-manusia seperti ini.
Melihat keadaan seperti ini, diharapkan saya tidak tergolong menjadi seperti mereka, biarlah terpinggir kerana itu adalah lebih baik dari mempunyai kawan-kawan yang ramai tetapi menikam kita dari belakang. Biarlah kawan tidak ramai tetapi berkualiti, kerana kawan adalah tempat untuk kita mengadu dan meminta pertolongan. Semoga tuhan menunjukan saya jalan yang terbaik untuk dipilih. Amin.
Thursday, February 11, 2010
Pulang
Dari remaja hinggalah kini hanya ada satu tempat yang benar-benar memberi kedamaian kepada diri dan minda saya. membangkitkan keceriaan yang jarang singgah dihati saya. Pada hari ini saya ingin menceritakan tempat ini untuk mengisi blog ini. Tempat ini tak lain dan tak bukan ialah kampung saya. hehehe. Sape yang tak suka balik kampung ye tak. Orang yang tak ada kampung sahaja yang tidak memahami dan tidak merasa betapa bahagianya bila sekali sekala kita pulang ke tempat asal. Sekarang ni musim cuti, apalagi kampunglah destinasi yang akan saya tuju nanti. Jom ikut....
Kampung saya bukanlah jauh sangat, dekat Pontian je. Perjalanan dalam 1jam setengah dari Johor Bahru, tetapi selalunya kalau saya yang balik ke kampung, bertolak dari rumah dalam tengahari dan sampai di sana biasanya dah malam sebab banyak persinggahan. Biasalah saya memang suka berjalan dan suka nak melihat barang-barang walaupun kadang-kadang tak beli apapun. Nak buat macamana dah memang perangai macam tu. Tapi kadang-kadang bila tiba mud nak membeli memanglah saya akan beli apa yang saya nak cuma amik masa sikit. Orang-orang yang kenal saya dah paham sangat dengan perangai saya jadi tak delah pelik sangat untuk diaorang.
Saya sebenarnya bersekolah dikampung, setiap kali lalu dihadapan sekolah saya, pasti saya akan menoleh tak tau kenapa memang automatik leher akan menoleh kearah sekolah tersebut walaupun kadang-kadang tak nampak apa sebab dah malam. Nak kata kenangan manis sangat tak adalah, kena rotan dan kena marah selalu tu ada. Ada sorang cikgu ni, rumahnya tidak jauh dari rumah datuk saya, saya cukup takut dengan dia. setiap kali kalau terserempak dengan dia saya pasti akan bersembunyi, tidak kiranya dekat kedai ke, dekat rumah orang ke atau belakang pokok. Saya cukup tak suka terserempak dengan dia. dan dia pun macam tau-tau je saya takut dengan dia, kadang-kadang kalau tak sempat sembunyi dia akan merenung saya dari jauh sambil bawak motor kapcainya. Merenung dengan muka garang dia. Tak boleh lupa saya dengan cikgu yang sorang ni. Tapi sekarang ni dia telah dipanggil mengadap tuhan. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman, tu doa saya untuk cikgu.
Teman-teman satu sekolah saya kebanyakkannya tidak tinggal dikampung, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri, ada yang ke Kuala Lumpur dan ada juga yang di Johor Bahru. Dan saya tak dapat kesan diaorang ni semua. Cuma ada beberapa orang yang tinggal di kampung, tapi kalau jumpa pun, masing-masing dah tak cam sebab masa kami berpisah dulu umur dalam 12 tahun, kira kecik lagi. sekarang ni kira dah tua jugaklah. Rupa pun dah berubah.
Tapi apapun, saya tetap bahagia apabila pulang ke kampung. Sedara mara masih ramai lagi di sana. Cuma kadang-kadang tak sempat berjumpa kecuali hari raya. Tetapi setiap kali saya merasa tertekan dan bersedih inilah tempat yang akan saya cari untuk mengembalikan keceriaan dan meredakan paling tidak pun sedikit kesedihan yang ada didalam hati saya. Dan saya tidak pernah jemu untuk kembali dan kembali kesini. Semoga tempat ini akan kekal menjadi peneman jiwa saya yang setia, kerana ia tidak akan pernah meninggalkan saya.
Macam tulah cerita serba sedikit pasal kampung saya, nak cerita panjang-panjang bosan pulak kalau ada orang yang membacanya, nak-nak orang tu tak ada kampung. hahahaa.
pemberian II
salah satu jam di atas adalah pemberian yang saya terima semalam, cuma warnanya sahaja yang lain. sementara sebuah lagi jam adalah jam kesayangan orang yang saya sayangi. sengaja saya abadikan disini sebab hanya disini saya boleh melihat kedua-duanya sekaligus.
sebuah pemberian
semalam tanpa saya duga seseorang yang amat-amat saya sayangi menyerahkan sesuatu kepada saya, setelah sebelum itu dia juga memberi sesuatu pada hati saya. Kesan daripada pemberian sebelumnya begitu memedihkan sehingga menuntut linangan air mata saya berkali-kali bahkan sehingga kini. Tapi apakan daya saya, segalanya menjadi serba tidak berdaya sekarang ini. Tidak mengapalah asal dia bahagia, kerana itulah pilihannya.
terima kasih atas pemberian semalam dan pemberian yang lain-lain sebelum ini. apa yang boleh saya katakan, saya terima pemberian awak dengan ikhlas. kerana saya berkawan dengan awak juga atas dasar keikhlasan, tanpa ada niat disebaliknya.
Saya kembali ke ruangan bisu ini, untuk mengeluarkan sesuatu yang terasa sakit yang teramat di dalam. Sekali lagi saya jatuh tersungkur ke bumi, kali ini meninggalkan luka yang banyak pada batin dan jiwa saya. luka kerana kealpaan sendiri, salah sendiri. Hari ini saya berdiri tanpa jiwa, sebahagian daripadanya telah pergi meninggalkan saya sendirian di tempat yang mula asing bagi saya. Terpinga-pinga mencari arah tapi malangnya saya sendirian tanpa ada sesiapa. Jasad terus berjalan mencari arah yang dikenali tapi malangnya arah itu tidak dapat dikenalpasti. Segalanya menjadi begitu asing dan tidak dikenali.
Wednesday, February 3, 2010
Bila saya mula menulis di sini maknanya ada sesuatu yang terbuku di hati yang mahu saya luahkan. Dan ia sekadar untuk memberi sedikit kelegaan kepada hati agar merasa tenang dan lega. Kerana bukan mudah untuk meluahkan sesuatu pada orang, kerana bukan semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Jadi biarlah di ruangan bisu ini menjadi tempat untuk dicurahkan segalanya.
Ada sesuatu yang terbit dihati saya ketika ini, cuma saya tak pasti sama ada ia benar lahir sendiri atau pun ia sengaja diwujudkan oleh diri saya sendiri. Ia terbit dari dalam hati yang paling dalam, dan ia datang sekiranya saya bersendirian.
Adakalanya mahu saja saya abaikan kewujudannya, kerana itu lebih baik. Tetapi hati tidak mahu melepaskannya secara sebenar-benarnya. Saya masih belum berjaya untuk melaksanakannya. Walaupun telah saya cuba beberapa kali, tetapi hati tetap tidak mahu melepaskannya pergi.
Ketika ini, rasa itu sangat-sangat dalam. Dan ia mencengkam seluruh hati saya. Bahasa hati yang kadang-kadang saya sendiri tidak memahaminya. Apakah kehendak dia sebenarnya, apakah yang dicari selama ini. Saya sendiri tidak tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)