Thursday, April 21, 2011

that true...

"TRY TO FORGET ME
THAT IS ONE SURE WAY
YOU WILL ALWAYS REMEMBER
AND THING OF ME"

Sunday, April 10, 2011

kesempatan...



Beberapa minggu yang lalu saya berkesempatan melihat laut. Lautan yang saujana mata memandang, tetapi sebenarnya saya tidak suka melihat laut kerana laut terlalu banyak air, itulah sebabnya. Tetapi dah nama laut memanglah banyak air, kalau air tak banyak bukanlah  laut namanya.

Saya termenung melihat ombak yang tinggi, bunyinya kuat bergaung di sini. Sesekali ombaknya menghempas kuat sehingga sampai ke kaki saya airnya, basah seluar saya ketika itu. Tetapi walaupun ombaknya tinggi saya memberanikan diri untuk mendekatinya, sangat kuat impaknya apabila saya makin hampir dengan ombak tersebut. Ketinggiannya juga menyerupai seorang dewasa, sangat-sangat ganas hempasannya ke pantai.  Melihat gelagat orang-orang yang mandi disitu, membuatkan saya tersenyum, macam-macam gaya, ada yang lari bila melihat ombak datang, sedangkan dia yang mendekati ombak tersebut.

Ombak yang ganas ternyata bukanlah kawan untuk kita, bahaya menanti sekiranya kita terus dengan keberanian yang tiada gunanya, bak kata orang berani tak bertempat. Dari laut yang ganas saya beralih ke kolam yang lebih tenang dan yang didengari ialah jeritan kanak-kanak mandi di situ, macam-macam gelagat, macam-macam gaya. Seronok jadi kanak-kanak yang tidak punya masalah.

Tetapi selama mana untuk terus menjadi kanak-kanak, satu masa satu ketika akan dewasa juga. Sama sahaja putaran hidup ini, namun kenangan ini walaupun dalam hati saya ianya biasa-biasa aje, tetapi memberi juga ruang untuk menenangkan fikiran. Terima kasih kerana memberi kesempatan ini…terima kasih yang tidak terhingga...

ketika ini...


Ketika ini banyak peristiwa yang bermain-main dalam fikiran saya, macam-macam benda yang menuntut jawapan, tetapi biarlah, kerana jawapan akan datang kepada saya nanti. Apabila difikirkan semula, segala yang berlaku tidak sia-sia kerana ia berlaku bersebab. Mengapa ia berlaku kepada saya dan kesakitan yang diberikan ialah kerana untuk memberi kebaikan di masa depan. Ada yang menyayangi saya dan mendorong kaki saya untuk pergi jauh dari sesuatu, dan tidak saya kesalkan kerana tiada kerugian untuk saya melangkah pergi. 

Ada manusia yang tidak habis-habis dengan hasad dan dengkinya sehingga memperlihatkan dirinya setaraf dengan orang yang tidak berilmu. Melihatkan itu, rasa hormat terlempar jauh, rasa meluat menyusup masuk... 

Ada juga manusia yang asik bercakap tetapi usaha kearah yang diperkatakan langsung tiada, letih mendengar dan jemu melihat...

Ada juga manusia yang bekerja mahu dilihat, kerja banyak bercerita, kerja sedikit bercakap...

Ada juga manusia yang tidak mampu untuk mengawal perasaan, pantang sedikit kesilapan kemarahan meluap walaupun untuk benda yang remeh temeh...

Ada juga manusia yang obses terhadap sesuatu....

Ada juga manusia yang dapat menenangkan, memberi jawapan kepada setiap persoalan, memberi bantuan dan pertolongan, memberi panduan ketika keadaan mendesak, merawat hati yang rawan...

Itulah kehidupan, selagi kita bernama manusia yang tidak lepas dari kesilapan....

Semoga hari-hari mendatang lebih baik untuk saya dan moga apa yang berlaku ini membimbing hidup menjadi lebih baik...