"tolonglah jangan bunuh masa kau dengan
mengingati orang yang tidak menghargai kau tu"
Tersentak dari tidur, kata-kata dari seseorang membuatkan Izhan terus bangkit dari tidurnya. Tidak kuasa untuknya menyambung tidur semula, kebetulan hari hampir subuh. Kesejukan mengigit tubuhnya sehingga ke tulang hitam. Tidak tahan sungguh dia dengan cuaca di sini. Terang sudah keadaan di luar, dia menjengah ke jendela, kabus-kabus pagi menyelinap di sekitar ruang, cantik sungguh pemandangan. Izhan tersenyum, ternyata hasratnya untuk menjejak kaki ke sini telah tercapai. Kota London, kota yang menjadi impiannya suatu ketika dahulu.
Izhan menyiapkan diri, dia harus bertemu dengan seseorang hari ini, iaitu Taufiq sahabat lamanya yang memang menetap di sini. Mereka bertemu di kedai makan berdekatan dengan tempat Izhan. Sebaik bertemu, Taufik melihat wajah Izhan, wajah yang telah sekian lama tidak dilihatnya, 'apa khabar kau sekarang, apa yang membawa kau sampai ke sini?'. Sambil tersenyum dengan selamba Izhan menjawab 'tak ada apa-apa, saje aku nak ke sini jumpa kau'. Macammana dengan life kau Fiq, 'Life aku much better now Han, aku dah ada family kat sini dan tak mungkin aku akan balik ke Malaysia. Aku dah tak ada siapa-siapa di sana' Izhan mengangguk tanda memahami, dan dia mengetahui sejarah hidup Fiq. 'Kau pulak mcmmana Han, dari tadi aku tengok kau tak banyak cakap, banyak mendengar je dari tadi' Izhan tersenyum kerana tiada apa yang menarik untuk diceritakan kepada Taufiq.
Telefon Taufiq berbunyi dan dia meminta izin untuk keluar sebentar, Izhan menganguk sambil matanya mengekori pergerakan Taufiq sehingga hilang dari pandangan. Izhan meneguk kopi panasnya dan dia teringat mimpinya pagi tadi yang benar-benar membuatkan mud tidurnya terhenti. Kata-kata seorang sahabat yang benar-benar memberi kesan kepada hatinya. 'Sampai bila kau nak bunuh masa kau Han, lupakan lah dia, ternyata dia tidak menghargai kau'. Sambil menarik nafas panjang Izhan menjawab melalui kata hatinya. 'Itulah yang sedang aku lakukan, aku ke sini untuk melupakan semua yang telah berlaku, sedingin kota London ini, ku tinggalkan hati ku dan cinta ku biar ia membeku di sini'. Taufiq muncul entah dari mana mengejutkan Izhan yang sedang lena dibuai kenangannya. 'Jom kita jalan-jalan sekitar tempat ini, penat nanti kita cari kerusi' tersenyum Izhan mendengar kata-kata Taufiq, terus dia bangun dan berjalan mengekori langkah Taufiq.
bakat menulis tu da ada, semakin menyerlah, cuma perlu diasah saja lagi untuk berjaya. semoga berjaya!
ReplyDelete