Bunyi deraian kaca mengejutkan Izhan dari pembaringannya, pantas dia bangkit untuk melihat apa yang terjadi. Sebuah frame gambar bertaburan di lantai dan Izhan melihat Kamal disisi pecahan kaca tersebut. ‘kenapa Mal, tegur Izhan kepada temannya. Kamal diam membatu, lambat-lambat dia menjawab ‘ aku tak ada apa-apa, kau masuklah semula ke bilik, nanti aku setelkan semua ni’. Izhan angguk tanda memahami bahawa Kamal tidak mahu diganggu ketika itu. Sempat dia menjeling gambar yang berderai itu, gambar kekasih hatinya, kisah cinta yang berderai lagilah ni bisik Izhan didalam hatinya. Kamal merupakan teman serumah Izhan di London. Tidak kuasa Izhan memikirkan hal tadi, terus dia menyambung baringnya, seharian dia kepenatan berkejar ke kelas, perpustakaan dan berdiskusi dengan teman-teman sekumpulan. Keletihan mula mencengkam diri, penat mental dan fizikal. Kelaparan yang melanda diri tidak dihiraukan lagi. Terus Izhan terlena setelah dia mendapat pembaringan yang selesa. ‘Apakan keputusan ku ini benar? Mampukah aku untuk berdiri sendiri tanpanya di sisi? Tetapi sekiranya kehadirannya terus membuat aku menderita apakan aku sanggup menelannya? Tersentak Izhan dari tidurnya, mimpi tadi benar-benar mengganggu. Baru kira-kira setengah jam matanya dapat dilelapkan namun gangguan tadi membuatkan matanya sudah hilang mengantuk.
Izhan menyarung baju panasnya dan melangkah keluar dari rumah. Waktu yang baru mencecah pukul 3 petang membuatkan keadaan nyaman dan tenteram. Ditariknya nafas panjang-panjang lantas dilepaskan perlahan-lahan. Menyusup kesegaran didalam dada. Diaturnya langkah menuju ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perutnya yang dari tadi menagih untuk diisi. Matanya tidak puas-puas melihat keindahan kota London, matanya meliar melihat sekeliling kota, terlahir kegembiraan dihatinya, melihat kedamaian dan ketenangan, ternyata semua itu, tidak dapat dirasai oleh Izhan didalam tidurnya. Makanan sudah sedia terhidang dihadapannya, Izhan menikmati makanan dengan perlahan-lahan, terasa keenakan kerana dirinya sudah terlalu lapar. Tiupan angin dingin menampar lembut di pipi Izhan membuatnya selesa dan semakin mendamaikan jiwa Izhan yang sedikit terganggu tadi.
Sedang Izhan menikmati makanannya, dia disapa oleh seseorang. Izhan mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakan yang empunya suara yang menegurnya tadi. ‘En. Izhan kan ’ ‘Ya saya’ balas Izhan. ‘Saya Farisha satu kelas dengan awak’ ‘ Malaysian? tanya Izhan ‘yes i’am. Izhan tersenyum dan menghulurkan tangan. ‘Minta maaf saya tak perasan pun kita satu kelas’. ‘Takpe, makanlah, saya pun nak cepat ni ada kawan tengah tunggu’. ‘Ok’ balas Izhan ringkas. Berlalunya Farisha, terus Izhan menyambung kunyahannya. Tanpa dia melihat kearah mana berlalunya wanita tadi. Selesai makan Izhan meneruskan langkahnya menikmati keindahan Sungai Thames, dia bersandar sambil termenung. Fikirannya menerawang ke tanahair, banyak yang ditinggalkannnya di sana , tetapi yang membuatnya rindu ialah keretanya. Rindu sungguh dia hendak memandu kereta kesayangannya yang ditinggalkan di kampung. Harap-harap ia dijaga baik oleh Pak Long. Deruan feri mengejutkan Izhan dari lamunannya, dia mengatur langkah menuju ke taman tempat biasa dia berehat bersama-sama Taufiq. Setibanya dia di sana terus dia duduk dikerusi kosong dan melihat ramai orang sedang beriadah. Angin petang ini sangat-sangat menyamankan, matahari mula terbenam dan keindahan senja mula mencorakkan warnanya. Inilah yang ditunggu oleh Izhan, lantas dia merakamkan keindahan itu. Tiba-tiba dia teringat seseorang yang sangat-sangat menggemari suasana ini. Semoga segalanya baik-baik sahaja’ detik hati Izhan.
No comments:
Post a Comment