Monday, November 29, 2010

Bunyi deraian kaca mengejutkan Izhan dari pembaringannya, pantas dia bangkit untuk melihat apa yang terjadi. Sebuah frame gambar bertaburan di lantai dan Izhan melihat Kamal disisi pecahan kaca tersebut. ‘kenapa Mal, tegur Izhan kepada temannya. Kamal diam membatu, lambat-lambat dia menjawab ‘ aku tak ada apa-apa, kau masuklah semula ke bilik, nanti aku setelkan semua ni’.  Izhan angguk tanda memahami bahawa Kamal tidak mahu diganggu ketika itu. Sempat dia menjeling gambar yang berderai itu, gambar kekasih hatinya, kisah cinta yang berderai lagilah ni bisik Izhan didalam hatinya. Kamal merupakan teman serumah Izhan di London. Tidak kuasa Izhan memikirkan hal tadi, terus dia menyambung baringnya, seharian dia kepenatan berkejar ke kelas, perpustakaan dan berdiskusi dengan teman-teman sekumpulan. Keletihan mula mencengkam diri, penat mental dan fizikal. Kelaparan yang melanda diri tidak dihiraukan lagi. Terus Izhan terlena setelah dia mendapat pembaringan yang selesa. ‘Apakan keputusan ku ini benar? Mampukah aku untuk berdiri sendiri tanpanya di sisi? Tetapi sekiranya kehadirannya terus membuat aku menderita apakan aku sanggup menelannya? Tersentak Izhan dari tidurnya, mimpi tadi benar-benar mengganggu. Baru kira-kira setengah jam matanya dapat dilelapkan namun gangguan tadi membuatkan matanya sudah hilang mengantuk.

Izhan menyarung baju panasnya dan melangkah keluar dari rumah. Waktu yang baru mencecah pukul 3 petang membuatkan keadaan nyaman dan tenteram. Ditariknya nafas panjang-panjang lantas dilepaskan perlahan-lahan. Menyusup kesegaran didalam dada. Diaturnya langkah menuju ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perutnya yang dari tadi menagih untuk diisi. Matanya tidak puas-puas melihat keindahan kota London, matanya meliar melihat sekeliling kota, terlahir kegembiraan dihatinya, melihat kedamaian dan ketenangan, ternyata semua itu, tidak dapat dirasai oleh Izhan didalam tidurnya. Makanan sudah sedia terhidang dihadapannya, Izhan menikmati makanan dengan perlahan-lahan, terasa keenakan kerana dirinya sudah terlalu lapar. Tiupan angin dingin menampar lembut di pipi Izhan membuatnya selesa dan semakin mendamaikan jiwa Izhan yang sedikit terganggu tadi.

Sedang Izhan menikmati makanannya, dia disapa oleh seseorang. Izhan mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakan yang empunya suara yang menegurnya tadi. ‘En. Izhan kan’ ‘Ya saya’ balas Izhan. ‘Saya Farisha satu kelas dengan awak’ ‘ Malaysian? tanya Izhan ‘yes i’am. Izhan tersenyum dan menghulurkan tangan. ‘Minta maaf saya tak perasan pun kita satu kelas’. ‘Takpe, makanlah, saya pun nak cepat ni ada kawan tengah tunggu’. ‘Ok’ balas Izhan ringkas. Berlalunya Farisha, terus Izhan menyambung kunyahannya. Tanpa dia melihat kearah mana berlalunya wanita tadi. Selesai makan Izhan meneruskan langkahnya menikmati keindahan Sungai Thames, dia bersandar sambil termenung. Fikirannya menerawang ke tanahair, banyak yang ditinggalkannnya di sana, tetapi yang membuatnya rindu ialah keretanya. Rindu sungguh dia hendak memandu kereta kesayangannya yang ditinggalkan di kampung. Harap-harap ia dijaga baik oleh Pak Long. Deruan feri mengejutkan Izhan dari lamunannya, dia mengatur langkah menuju ke taman tempat biasa dia berehat bersama-sama Taufiq. Setibanya dia di sana terus dia duduk dikerusi kosong dan melihat ramai orang sedang beriadah. Angin petang ini sangat-sangat menyamankan, matahari mula terbenam dan keindahan senja mula mencorakkan warnanya. Inilah yang ditunggu oleh Izhan, lantas dia merakamkan keindahan itu. Tiba-tiba dia teringat seseorang yang sangat-sangat menggemari suasana ini. Semoga segalanya baik-baik sahaja’ detik hati Izhan. 



Monday, November 22, 2010

"tolonglah jangan bunuh masa kau dengan 
mengingati orang yang tidak menghargai kau tu"


Tersentak dari tidur, kata-kata dari seseorang membuatkan Izhan terus bangkit dari tidurnya. Tidak kuasa untuknya menyambung tidur semula, kebetulan hari hampir subuh. Kesejukan mengigit tubuhnya sehingga ke tulang hitam. Tidak tahan sungguh dia dengan cuaca di sini. Terang sudah keadaan di luar, dia menjengah ke jendela, kabus-kabus pagi menyelinap di sekitar ruang, cantik sungguh pemandangan. Izhan tersenyum, ternyata hasratnya untuk menjejak kaki ke sini telah tercapai. Kota London, kota yang menjadi impiannya suatu ketika dahulu.

Izhan menyiapkan diri, dia harus bertemu dengan seseorang hari ini, iaitu Taufiq sahabat lamanya yang memang menetap di sini. Mereka bertemu di kedai makan berdekatan dengan tempat Izhan. Sebaik bertemu, Taufik melihat wajah Izhan, wajah yang telah sekian lama tidak dilihatnya, 'apa khabar kau sekarang, apa yang membawa kau sampai ke sini?'. Sambil tersenyum dengan selamba Izhan menjawab 'tak ada apa-apa, saje aku nak ke sini jumpa kau'. Macammana dengan life kau Fiq, 'Life aku much better now Han, aku dah ada family kat sini dan tak mungkin aku akan balik ke Malaysia. Aku dah tak ada siapa-siapa di sana' Izhan mengangguk tanda memahami, dan dia mengetahui sejarah hidup Fiq. 'Kau pulak mcmmana Han, dari tadi aku tengok kau tak banyak cakap, banyak mendengar je dari tadi' Izhan tersenyum kerana tiada apa yang menarik untuk diceritakan kepada Taufiq. 

Telefon Taufiq berbunyi dan dia meminta izin untuk keluar sebentar, Izhan menganguk sambil matanya mengekori pergerakan Taufiq sehingga hilang dari pandangan. Izhan meneguk kopi panasnya dan dia teringat mimpinya pagi tadi yang benar-benar membuatkan mud tidurnya terhenti. Kata-kata seorang sahabat yang benar-benar memberi kesan kepada hatinya. 'Sampai bila kau nak bunuh masa kau Han, lupakan lah dia, ternyata dia tidak menghargai kau'. Sambil menarik nafas panjang Izhan menjawab melalui kata hatinya. 'Itulah yang sedang aku lakukan, aku ke sini untuk melupakan semua yang telah berlaku, sedingin kota London ini, ku tinggalkan hati ku dan cinta ku biar ia membeku di sini'. Taufiq muncul entah dari mana mengejutkan Izhan yang sedang lena dibuai kenangannya. 'Jom kita jalan-jalan sekitar tempat ini, penat nanti kita cari kerusi' tersenyum Izhan mendengar kata-kata Taufiq, terus dia bangun dan berjalan mengekori langkah Taufiq.

  

Monday, November 8, 2010

genggaman terurai



apabila 
sesuatu 
yang 
disayangi 
mula 
menyakiti 
lepaskanlah ia 
kerana ia 
akan
 berterusan 
menyakiti 
selagi ia 
didalam
 genggaman


Sunday, November 7, 2010

taman langit



Suatu ketika dahulu saya amat mengemari lagu taman langit, apabila mendengarkan lagu itu terus saya membayangkan sebuah taman yang indah dengan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni dan mempunyai sungai yang jernih dan sejuk. Sangat-sangat mendamaikan pemandangan tersebut. Boleh membuatkan jiwa yang bergelora menjadi tenang melihat indahnya taman itu. Walaupun ia hanya fantasi jiwa saya, keindahan itu saya kongsikan dalam laman blog ini. 

life



izinkan...

sungguh benar ku cintaimu
meski kau tak anggap ku ada
ku tak akan memintamu 
untuk mencintaiku

ku tak berharap kau cintaiku
ku tak berharap kau balas cintaku
yang ku harap kau izinkan
aku mencintaimu

cinta ini sudah terlanjur
ku miliki dari dirimu
biarkan cintaku bersamamu
meski ragaku tak bisa bersamamu


Saturday, November 6, 2010

sad luv II


sad luv



The hardest thing to do 
is watch the one you love,
 love someone else.


If you love something, let it go. 
If it comes back to you, its yours forever.
 If it doesnt, then it was never meant to be.


If you love me, 
let me know. 
If not, 
please gently let me go.



malam yang panjang

Agak sukar untuk saya melelapkan mata malam ini, setelah sekian lama bergerak resah di atas katil, terus saya bangun untuk menulis dalam blog ini. Banyak benda yang hendak saya luahkan disini sebenarnya tetapi apabila berhadapan dengan laptop terus semangat saya hilang untuk menulis, banyak benda yang berlalu begitu sahaja dan apabila telah terlalu lama, ia luput dari ingatan saya. Elok jugalah ia luput dari ia menjadi beban dalam hati dan kepala saya. Nikmat juga apabila lupa ni sebenarnya, tiadalah derita terlalu lama mengingat benda yang sudah tentunya tidak beberapa seronok untuk dilalui. Kesukaran untuk melelapkan mata membuatkan malam berlangsung begitu panjang, kalau dapat tidur sudah tentu nyenyak sungguh dibuai mimpi dan nasib baiklah esok masih cuti, kalau tidak entah macamanalah hendak bekerja. 

Dalam keheningan malam dan sebenarnya pagi ini membawa saya mengingati peristiwa yang telah berlaku dalam hidup saya, peristiwa yang sangat-sangat menekan jiwa saya selama menjalani kehidupan ini. Ternyata bukan mudah untuk hidup didunia ini, kebahagian dan kesedihan sering bersilih ganti memenuhi liku-liku kehidupan memenuhi janji yang telah saya buat dengan ilahi. Saya merancang sehabis baik tetapi kalau takdir berkehendakkan lain maka jadilah ia sebagaimana kehendaknya. 

Segalanya bermula apabila semua kesalahan ditunding ke arah saya, walhal ia bukanlah kesalahan yang sepatutnya saya tanggung seorang diri. Saya berdiri keseorangan, dengan semua pandangan sinis memerhati saya. Menyalahkan itu dan ini, segala pengorbanan yang telah saya curahkan ibarat tiada nilainya pada pandangan mata mereka. Saya menghadapi semua ini, dengan mulut yang tidak terucap kata, tidak tahu kepada siapa untuk saya pergi meminta bantuan. Tiada siapa yang tahu keadaan sebenarnya diri saya ketika itu, betapa tertekannya saya menghadapi situasi yang sangat-sangat membebankan. Setiap hari ada sahaja kesalahan baru yang mereka wujudkan untuk memburukkan saya. Apabila bercerita kepada seorang kawan, air mata tidak terkeluar tetapi apabila saya berseorangan air mata tidak hentinya mencurah. Hidup tetap diteruskan, saya melangkah longlai dan tiada semangat, kegembiraan juga payah untuk singgah dihati saya, senyuman yang terukir sekadar hiasan memanis rasa. Tekanan demi tekanan yang diberikan membuatkan saya berfikir hebat sungguh si dia ini memberi tekanan mental kepada saya. Dan sebenarnya bukan ini sahaja yang harus saya hadapi, dalam masa yang sama terdapat satu lagi perkara yang menambah kesedihan saya. Kedua-dua perkara ini seolah-olah cuba memusnahkan hidup saya. Betapa merananya saya ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Pada ketika itu saya membayangkan saya berada di atas tempat yang tinggi, dan tempat yang selamat hanyalah tempat dimana kaki saya berpijak dan itupun tidak sekukuh mana. Ketika ini jugalah kesihatan saya mula merosot akibat tekanan dan mungkin juga disebabkan oleh perkara-perkara yang lain. 

Kini peristiwa yang sama berulang kembali, cuma kali ini giliran orang lain pula, seolah-olah sejarah berulang. Saya menjadi pendengar kepada setiap luahannya dan saya memahaminya kerana saya pernah melaluinya. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab, bukan mudah untuk melalui kehidupan. Telah sehabis baik diberikan dan sekiranya ia masih belum memadai, bagaimana lagi harus dilakukan.

Perkara-perkara yang berlaku ini bukan sahaja memberi tamparan yang hebat kepada hidup saya, tetapi terasa bagai ditampar muka ini berkali-kali. Maruah saya seolah dipermainkan, fitnah menjadi perkara yang diperkatakan untuk menambah buruknya nama saya. Debaran didada ini sentiasa kencang menanti sampainya cerita-cerita baru ditelinga saya. Tidak dinafikan ada orang yang berbahagia dengan apa yang berlaku terhadap saya. Berbahagia dengan melihat penderitaan orang lain, orang jenis ini memang ramai sebenarnya didunia ini. 

Agak panjang juga luahan saya ini, memadailah untuk kali ini, hari pun telah hampir subuh. Muncul juga rasa mengantuk akhirnya...



Friday, November 5, 2010

sometimes
 is better 
2 be alone
nobody 
can't hurt u

Thursday, November 4, 2010

our 
story 
already  
closed
long 
ago