‘pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku membayangkan
pahit manis berlaku tah siapa yang tahu’
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesakkan,
takkan tugumu kebal tiada pertimbangan,
keheningan malam membangunkan,
kepayahan jiwa meluahkan,
andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi’
Sebentar tadi saya mendengar lagu ini, lagu ini pernah menarik perhatian saya suatu ketika dahulu, liriknya begitu menyentuh hati saya waktu itu, dan sebentar tadi ia berjaya menyentuh segenap ruang hati saya. Membuatkan mata ini sukar untuk dilelapkan dan terus saya bangkit untuk meluahkan sesuatu di sini.
Sekian lama medan blog ini sepi bukan kerana tiada apa untuk diluahkan tetapi cuba untuk memadamkan atau mendiamkan beberapa perkara kerana rasanya sudah tiada kepentingan lagi untuk diluahkan. Tetapi malam ini biarlah ia dilepaskan sebagaimana hati ini mula mengeluarkan kesedihannya.
Sudah terlalu lama saya tidak menyelami diri sendiri, saya biarkan segalanya berjalan seperti biasa, disamping dengan kesibukan kerja yang mula melekakan perhatian. Perkerjaan yang semakin memerlukan perhatian, buah fikiran, komitmen segalanya memenuhkan hari-hari saya.
Berbalik kepada lirik lagu di atas ‘pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku membayangkan pahit manis berlaku tah siapa yang tahu’. Seseorang pernah memberitahu saya apabila saya mengatakan perbuatannya meyakitkan saya..’awk tau tak apa yang saya rasa sekarang dengan setiap kelakuan awak? Dia mengatakan dia tahu.. tetapi pada hakikat sebenarnya dia tidak tahu apapun… orang yang melalui dan orang yang memberi adalah 2 orang yang berbeza. Kesakitan yang dirasakan ditanggung oleh orang yang melalui dan orang yang memberi kesakitan hanya melihat dari luaran bahkan dari kejauhan sahaja. Segala keparahan dan penderitaan didalam dia tidak tahu. Bahkan kesakitan kekal yang ditinggalkan juga tidak diketahuinya. Tinggallah saya sendirian menanggung segala kesakitan ini. Namun ia bukanlah sesalan cuma sekadar luahan. Luahan yang memberi laluan untuk saya melupakan. Luka dan kesakitan yang dihadiahkan memberi pengajaran dan kekuatan kepada diri saya untuk meneruskan kehidupan tanpa dirinya. Walaupun pada mulanya agak sukar tetapi kedewasaan membuka minda untuk menerima kenyataan.
‘kau layu dimataku satu antara 1000 tiada tara didunia…
mungkinkan terputus ditengah jalan,
mungkin kan terlerai tanpa ikatan usah ragu dengan takdir,
mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan segalanya ketentuan tuhan’
Lagu ini juga menarik perhatian saya sejak 4 bulan yang lepas, mendengarkanya membuatkan hati saya berlagu pilu. Saya tidak meragui takdir, segalanya memang diluar kuasa kita sebagai manusia. Sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Apa yang saya ada bersamanya akan kekal di sini… didalam hati... biarlah segala-galanya berkubur bersama keikhlasan yang saya berikan sepanjang persahabatan. Penghargaan dan terima kasih, saya abadikan di sini.
KU SUARAKAN SEGALA KESEDIHANKU
AGAR HATI INI TENANG MELEPASKAN
SESUATU YANG PERNAH MENGGEGAR JIWA
SEMOGA IA PERGI TANPA MENINGGALKAN SISA
MENITIS AIR KESEDIHAN
DUKA YANG SEMAKIN TERHAPUS
BAWALAH SEGALA LARAKU PERGI
UNTUK KU BINA HATI INI KEMBALI
No comments:
Post a Comment