Setelah ku fahami
ku bukan yang terbaik
yang ada dihatimu
tak dapat ku sangsikan
tenyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukannya diriku
Sekali lagi hati ini mengeluarkan kesedihannya, kesedihan yang tidak mampu untuk dihentikan apabila ia mula mengingati seseorang. Ingatan ini semakin kuat terhadapnya, saya sendiri tidak mengerti mengapa. Sedangkan dirinya berbahagia bersama orang lain, saya disini masih dirundung kesedihan yang masih belum berkesudahan.
Dia mengharapkan kesetiaan tetapi dirinya sendiri tidak setia, dia pandai merasa sakit sedangkan dia juga menyakiti orang lain. Adilkan itu. Dia sendiri bersikap tidak adil tetapi mahu orang lain adil terhadapnya. Sempurna sangatkah dirinya, apabila mahukan yang terbaik untuk dirinya, sedangkan dirinya sendiri tidak sesempurna mana. Inilah dia insan yang saya sayangi dulu, sungguh berbeza dari apa yang saya kenal. Saya sudah melepaskan dia sepenuhnya tetapi hati saya masih merasa kesedihannya.
Kesedihan yang dia berikan kepada saya sangat hebat, dialah satu-satunya manusia yang berjaya menyakiti hati saya sepenuhnya. Meruntuhkan semangat hidup saya, melenyapkan kasih sayang dalam jiwa saya dan yang paling sakit dia membunuh jiwa saya. Hebat sungguh manusia ini.
Kesilapan saya yang paling besar ialah memberikan kasih sayang saya 100% terhadapnya, dan pembalasan yang saya terima ialah pengkhianatan. Terima kasih kerana memberi tahu saya diri awak yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment