Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


Lama sungguh tidak menulis dalam blog ini, dah terbiar terlalu lama rasanya... tiba-tiba rasa nak mencoretkan sesuatu di sini. Berlalu sudah tahun 2013 yang terisi didalamnya pelbagai cerita suka dan duka... bermacam tekanan yang datang diharungi juga sebab itu adalah sebahagian daripada hidup. Masa yang ada sekarang jarang terbuang begitu sahaja sebab kesibukan mengurus kehidupan yang semakin terisi, Alhamdulillah dan syukur atas segala kurniaanya... Semoga tahun baru ini memberi banyak manfaat dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mengharungi cabaran yang bakal mendatang bersama dengan orang keliling yang masih sama dalam kehidupan....




Friday, April 27, 2012



Lagu ini membuatkan saya teringat akan seseorang yang pernah satu masa dahulu sangat saya sayangi...   : (

Thursday, April 19, 2012

akan dikenang.....



Kesedihan yang menimpa
Ada tangan yang menghulur
Keperitan yang ditanggung
Ada bahu untuk disandar
Tidak pernah melepaskan sendiri
Sentiasa ada untuk menemani
Tanpa mengira tenaga dan harta
Tetap setia membantu sama
Tatkala tiba masanya
Untuk ke tangga sendiri
Air mata menitis berat melepas pergi
Jasa ini akan ku kenang
Tak akan ku lupa sampai hujung nyawa…

*adakalanya insan yang tidak disangka akan menolong disaat keadaan yang sangat terdesak. 

Thursday, April 5, 2012

Wednesday, December 14, 2011




Adakalanya apabila sesuatu perkara itu terjadi
membuatkan hati merasa tidak tenteram
tetapi apabila diamati dalam-dalam
ia tidaklah sebesar mana

perkara itu datang adalah semata-mata 
untuk mengganggu ketenangan yang ada
terimalah perkara itu dengan terbuka
dan berusahalah untuk lebih baik
tidak perlu diganggu oleh rasa itu berterusan
kerana meratapi dan mengeluh
bukan jalan penyelesaian

sekiranya ini adalah ujian
hati terbuka untuk menerimanya
asalnya nanti segalanya tiada apa-apa
kecewa sedikit tidak mengapa...


Thursday, November 24, 2011

Sunday, September 18, 2011

Wednesday, September 7, 2011

4 someone...



Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi keranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih


Thursday, August 25, 2011

muhasabah cintaku...


kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang ku rasa 
biar jadi penawar dosaku....

butir-butir cinta airmataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni semua khilaf dan salah...
selama ini

berat ujian ini 
ku pasrahkan semua kepadamu
kuatkan aku 
lindungi aku dari putus asa

Wednesday, August 24, 2011

yang mampu untuk dilakukan...


aku tahu aku tidak banyak dapat membantu
yang boleh aku lakukan ialah memelukmu seeratnya
dan ketika itu menangislah kamu sepuasnya di dalam dakapanku
agar ringan segala penderitaanmu...

aku berdiri disini 
melihat segalanya, kesakitan dan penderitaan yang bersilih ganti 
ada kalanya tidak mampu untuk ditahan
sehingga membawa kepada kesakitan

yang mampu untuk dilakukan ialah bersabar
dan cuba menahan selagi terdaya 
ada kalanya rasa membentak
tetapi sedaya cuba dilupakan


Monday, August 22, 2011

Friday, August 5, 2011

Monday, August 1, 2011

kata-kata azimat



kesengsaraan membuatkan kita berfikir,
 dengan berfikir kita menjadi semakin bijak
 dan dengan kebijaksanaan kita akan 
bertambah yakin menghadapi hidup ini....


Wednesday, July 27, 2011

teman sejati

Arini saya ada mendengar sesuatu pasal teman sejati, sesuatu yang telah lama tidak difikirkan disebabkan satu perkara lalu. Melalui perbincangan tadi beliau ada bertanya setiap kali lepas solat, ada tak minta pada tuhan dikurniakan teman sejati dan saya memang banyak berdoa tetapi saya tidak pernah minta teman sejati, padanlah tak jumpa, kalau jumpa pun sekadar teman untuk disaat gembira, bila ada masalah, semuanya blah buat hal masing-masing. 

Macam-macam pendapat pasal teman sejati, ada yang cakap bila senang dan susah dia akan cari kita untuk menjadi tempat mengadu. Yelah agaknya tapi memang susah untuk menjadi teman sejati apa lagi untuk mendapatkannya, dalam keadaan sikap manusia sekarang yang rata-rata asal dapat melepaskan tengkuk masing-masing. So nanti lepas solat bolehlah tambah lagi satu permintaan supaya saya menemui teman yang sejati. Seterusnya beliau menyatakan semua orang adalah aset kita dan kena menghormati orang lain barulah kita boleh menjadi seorang teman yang hebat. Hati perlulah ikhlas pada orang lain dan aura itu akan sampai pada seseorang yang kita rasa dia boleh menjadi teman. Gerak hati wanita sebenarnya sangat peka dan sebenarnya kita boleh menilai sendiri siapakan yang boleh kita jadikan teman sejati.. Ada teman yang katanya rapat tetapi disaat-saat kita perlukan dia, mostly dia tiada disisi...  

Tuesday, July 26, 2011

Wednesday, July 20, 2011




kamu mahu meninggalkan aku?
bagaimana aku mahu meninggalkanmu
memilikimu juga tidak pernah...


Thursday, July 7, 2011