Thursday, December 23, 2010

dialog...

Seandainya kamu ditempat aku, siapakah yang akan kamu pilih? Yang pertama ialah cinta hati kamu dan yang kedua seseorang yang telah memberi kamu kehidupan dan berkorban untuk mengembalikan apa yang kamu ada dulu.

Terdiam seketika, adakah jawapan jujur yang kamu mahukan? Sudah tentu. Sekiranya aku ditempat kamu aku akan memilih orang yang kedua…

Tergamam seketika.. jawapan itu keluar dari mulut orang yang pertama…

Air mata menitis kesedihan dengan jawapan tadi. Sesungguhnya ia ikhlas dari hati orang yang pertama.

Aku telah membuat keputusan untuk hidup bersama dengan orang yang kedua, aku tahu kau marah padaku, kecewa padaku..

Terdiam seketika, aku tidak marah, malahan cintaku semakin dalam kepadamu. Aku menghormati keputusanmu. Aku sedih kerana aku akan kehilangan kamu, malahan terlalu sedih. Ia juga menyakitkan, sangat-sangat menyakitkan….. Kamu tahukan cintaku padamu cukup besar dan mendalam, tidak mungkin aku tidak merasa sedih…

Berpelukan erat dan air mata perpisahan menitis diantara dua insan… Jaga diri kamu baik-baik sayang, baik-baik bersama insan yang kedua..


No comments:

Post a Comment