Monday, October 18, 2010

mimpi kehilangan





Apabila bercakap pasal mimpi, segelintir orang akan cakap mimpi itu mainan tidur. Jangan percaya sangat mimpi kerana tidak semestinya ia benar. Itulah kata-kata yang selalu saya pegang. Mimpi saya kali ini agak memberi kesan yang mendalam apabila saya terjaga, kerana ia melibatkan kehilangan. Kita kadangkala tidak menyedari akan adanya seseorang dalam kehidupan kita kerana kita biasa melihatnya hari-hari dan kita tahu bahawa dia ada, walaupun dia tiada depan mata. 

Berbalik kepada cerita mimpi tadi, dalam mimpi tersebut saya telah kehilangan seseorang dalam kehidupan saya. Setelah dia pergi meninggalkan saya, saya menjejaki setiap jejaknya, tempat yang dia pergi sebelum itu, saya masuk dan saya menjejaknya dalam kesedihan. Agak lama juga saya menjejaknya sehinggalah saya terjaga dan hati saya masih dalam kesayuan. Apabila bangun dari tidur saya bersyukur kerana masih berpeluang menatap wajahnya, dan saya memandangnya dengan kesedihan dan rasa sayang yang mendalam muncul dalam hati. 

TUHAN SESUNGGUHNYA AKU INI MANUSIA YANG LEMAH
KURNIAKANLAH KEKUATAN UNTUK AKU MENGHADAPI 
APA SAHAJA KEMUNGKINAN SEBAGAIMANA YANG TELAH 
DIKURNIAKAN KEPADAKU DAHULU APABILA MENGHADAPI 
SAAT-SAAT KEHILANGAN.... AMIN 


2 comments:

  1. umpama mimpi dalam mimpi hehehe...
    awk kena hadiahkan anak yatim pisang, moga2 mimpi tu hnya mainan tidur semata.

    ReplyDelete
  2. mungkin hati sudah terpaut sayang, sebab itulah perasaan itu datang...

    ReplyDelete