Monday, October 18, 2010

mimpi kehilangan





Apabila bercakap pasal mimpi, segelintir orang akan cakap mimpi itu mainan tidur. Jangan percaya sangat mimpi kerana tidak semestinya ia benar. Itulah kata-kata yang selalu saya pegang. Mimpi saya kali ini agak memberi kesan yang mendalam apabila saya terjaga, kerana ia melibatkan kehilangan. Kita kadangkala tidak menyedari akan adanya seseorang dalam kehidupan kita kerana kita biasa melihatnya hari-hari dan kita tahu bahawa dia ada, walaupun dia tiada depan mata. 

Berbalik kepada cerita mimpi tadi, dalam mimpi tersebut saya telah kehilangan seseorang dalam kehidupan saya. Setelah dia pergi meninggalkan saya, saya menjejaki setiap jejaknya, tempat yang dia pergi sebelum itu, saya masuk dan saya menjejaknya dalam kesedihan. Agak lama juga saya menjejaknya sehinggalah saya terjaga dan hati saya masih dalam kesayuan. Apabila bangun dari tidur saya bersyukur kerana masih berpeluang menatap wajahnya, dan saya memandangnya dengan kesedihan dan rasa sayang yang mendalam muncul dalam hati. 

TUHAN SESUNGGUHNYA AKU INI MANUSIA YANG LEMAH
KURNIAKANLAH KEKUATAN UNTUK AKU MENGHADAPI 
APA SAHAJA KEMUNGKINAN SEBAGAIMANA YANG TELAH 
DIKURNIAKAN KEPADAKU DAHULU APABILA MENGHADAPI 
SAAT-SAAT KEHILANGAN.... AMIN 


Thursday, October 14, 2010

dalam diam



kegembiraan dalam kenangan
mengundang senyum didalam hati
mengutus seribu satu kesyahduan
mewarnai sejalur kehidupan

kehadiran yang menghangatkan
menginggalkan jejak yang mendalam
menyusur lembut memaut jiwa
menyimpul rapi hati dan perasaan

ketenangan mendamaikan jiwa
membuai indahnya kehidupan
membunuh keraguan dan kesakitan
menyembuhkan kesakitan secara diam-diam 



Thursday, October 7, 2010

pengabadian kasihku terus terang


Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta

Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan




apabila harapan menjadi semakin goyah
keyakinan mula menggongcang hati
terkapai mencari tempat untuk disandarkan jasad
sambil termanggu terpinga-pinga
melihat ke atas mencari ketenangan
saujana pemandangan mencetus hiba
betapa luasnya alam ini
ku berdiri ditengah-tengah keluasaannya
memanjat doa agar diberi ketenangan hati
walau apapun terjadi
walau ku hilang sebahagian dari jiwaku
ku ikhlaskan jua pemergianya


Friday, October 1, 2010

Adakalanya...



adakalanya apabila kita ikhlas
orang salah mengerti keikhlasan
apabila berbuat baik
dipersalahkan juga kebaikan tersebut
memberi pertolongan
dikatakan cuba mengambil kesempatan
cuba memberi kegembiraan
kesedihan juga yang didapatkan
apabila diam tanpa tindakan
dikatakan telah dilupakan
bagaimana yang sepatutnya 
harus dilakukan....