Friday, September 24, 2010

kelas sejarah????


Terlebih dahulu diucapkan selamat hari raya kepada keluarga dan kawan-kawan saya, maaf zahir dan batin. Sudah  terlalu lama rasanya telah saya tinggalkan laman blog ini, bukan kerana tiada idea untuk menulis tetapi bila niat nak melulis tu ada bila berdepan dengan laptop mud untuk meluahkan tiba-tiba hilang, jadi perkara yang nak diluahkan itu habis disitu sahaja.  

Naik sahaja bekerja kelmarin, saya telah berkempatan untuk mengikuti satu bengkel yang berkaitan dengan sejarah. Sejarah memanglah bidang saya, tetapi tak dapat dinafikan kadang-kadang ada jugak rasa bosan untuk mendengar sejarah, kita kan manusia biasa. Rasa mengantuk huh toksah nak cakaplah, tak tertahan rasanya, tetapi ditahankan juga dan berjaya pun saya menyelesaikan tanggungjawab untuk menyertai bengkel tersebut. Selesai bengkel tersebut, lega sikit kepala, sebabnya saya rasa kepala saya sangat-sangat berat mendengarkan penerangan dan ulasan dari pemakalah dan pengulas profesional tersebut. Mungkin ada data-data baru yang masuk atau benda lama dalam kepala yang tersimpan mula keluar. Sudah terlalu lama rasanya saya tidak melatih kepala untuk mengkaji sejarah. Bila keluar ulasan daripada prof. mulalah benda-benda yang lama telah saya tinggalkan bangkit dan ingat semula. Leka benar melalui life saya dulu, sampai rasa baru dikejutkan. Otak kita ni ibarat sebuah pc, menjadi tanggungjawab kita sebagai pemiliknya untuk menggunakan ke arah mana.  Jika positif maka positiflah ia, begitu juga sebaliknya. 

Mudahan apa yang telah saya lalui kelmarin, menambah baik kualiti hidup saya. Selamat Hari Raya kepada semua semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan tuhan. Amin. 

 

No comments:

Post a Comment