Monday, August 30, 2010




Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Kadangkala kita rasa kita sangat kenal akan seseorang, tetapi apabila berlaku sesuatu rasanya orang yang dikenali itu, terlalu asing bagi kita. Segala perkara yang dilalui bersama, berlalu begitu sahaja, inilah manusia yang tidak akan lepas daripada alpa dan kecuaian. Harapan yang tinggi tidak boleh diletakkan kepada seseorang kerana belum tentu dia akan bersama kita buat selamanya. Jalan yang paling selamat ialah berserah kepada Tuhan kerana dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walau berat hati untuk menerima kenyataan tetapi kurniakanlah keikhlasan pada diri untuk menerima setiap ketentuanmu. Amin...




1 comment:

  1. ketahuilah benci itu tanda rindu..
    dan marah itu tandnya SAYANG..

    ReplyDelete