Minggu lepas saya diberi kesempatan untuk berkunjung semula ke Sabah setelah hampir 9 atau 10 tahun yang lepas. Peluang yang tidak dijangka sebenarnya. Masa mula-mula tahu saya antara yang akan ke Sabah, terus tergelak saya, kawan saya cakap orang nak bawak kita pergi jelah. So saya tak komen banyaklah. Kang cakap banyak lain pulak jadinya, tapi rasanya saya ni bukan jenis cakap banyak pun.
Seminggu saya di sana, banyak jugaklah tempat yang dikunjungi, hampir setiap petang selepas selesai mengikuti hari Muzium, kami akan merayap sekitar bandar K.Kinabalu. Jalan-jalan cari makan dan cari apa yang difikirkan untuk dibeli untuk dibawa balik ke JB. Pendek kata memang waktu rehat cuma masa tidur je. Elok pulak tu beberapa hari di sana, deman pulang menyerang saya, dari awal dah makan panadol tapi dah memang nak sakit, makin makan ubat makin menjadi-jadi demamnya. Kesian roomate sayalah, dia yang terseksa sebab saya tutup penghawa dingin tiap kali nak tidur dan dia jugaklah yang melihat kerimasan saya apabila hidung mula tersumbat... sori ina... hehehe.
Lawatan ini juga membawa saya menjejakkan kaki ke kaki Gunung Kinabalu. Indahnya pemandangan petang dan pagi. Bilik saya betul-betul mengadap Gunung Kinabalu. Terpegun dengan keindahan pemandangannya... menusuk ke jiwa betapa indahnya dunia ini. Awal pagi saya terjaga, tak salah pukul 5.00 pagi, terus saya bangun dan mandi, semua ni disebabkan rasa tidak selesa hidung tidak dapat bernafas, sejuk betul sekitar Zen Garden Resort ni. Elok je pukul 6.00, roomate saya bangun nak mandi tak ada air, huh nasib baik saya dah mandi walaupun pagi buta. hehehe
Di sini saya abadikan gambar gunung Kinabalu yang sangat-sangat indah....
gagah perkasa gunung ini,
melebar dan meninggi dari lembah ke puncak,
memberi 1001 nikmat rezeki kepada petani
menjadi kebanggaan kepada anak negeri...
No comments:
Post a Comment