Entah mengapa sejak saya berpindah ke tempat kerja lama, hari-hari yang saya lalui semakin tidak ceria. Hari-hari ada sahaja benda yang saya temui yang boleh mengganggu gugat ketenangan hati saya. Tekanan kerja semakin berkurangan, walaupun ada lagi suara-suara sumbang yang saya dengar, menyalahkan itu dan ini, tetapi pada saya apa yang dia diperkatakan sekadar cakap-cakap kosong dan tiada bukti. Terima kasih pada orang berkenaan kerana memberi saya pahala percuma....
Semalam, sekali lagi hati saya terusik. Memang benar kenyataan sangat menyakitkan, dan itulah yang saya rasa semalam. Air mata saya gugur sekali lagi, walaupun ditahan. Sepanjang perjalanan pulang kerumah, rasa sebak saya tahan sehingga saya tidak mampu untuk mengukir senyuman, walaupun ada benda yang kelakar di radio, saya hanyut dengan perasaan sedih tadi. Perjalanan pulang semalam juga sangat-sangat mudah kerana tiada jem langsung, saya meluncur laju menuju ke rumah. Fikiran saya benar-benar terganggu semalam.
Izhan berjalan berseorangan, dia ke tempat yang biasa dia dan Adrina menghabiskan masa, di Jusco.. Sampai sahaja di perkarangan tempat meletak kereta, Izhan melihat tempat parking kereta yang biasanya Adrina meletakkan keretanya. Hatinya tersentuh. Dia terus mencari tempat parking lain agar dia tidak terus teringat benda-benda yang lepas. Namun setibanya di dalam, sekali lagi dia terpandang kerusi tempat biasa Adrina menunggunya. 'tempat ini benar-benar penuh dengan kenanganku dengan Adrina' bisik Izhan dalam hatinya. Izhan tidak berdaya untuk mengelak darinya dari terus mengingati Adrina, segenap ruang Jusco ini penuh dengan kenangannya. Izhan membiarkannya....
Setiap langkahnya didalam pusat membeli belah itu, Adrina mengekorinya, terpandang setiap perlakuan Adrina, segala-galanya. Izhan mencari tempat untuk duduk sebentar, dia menarik nafas yang panjang dan dilepaskannya perlahan-lahan. Matanya dipejam, sekali lagi dia terpandang Adrina. Izhan membuka matanya, dia tersenyum sendiri. Begitu besar cintanya pada Adrina, dia sendiri tidak menyangkanya. 'Apa khabar agaknya Adrina ku', 'harap dia bahagia sekarang dengan orang yang disayanginya' bisik Izhan lagi.
Izhan bangun dan dalam hatinya berbisik... 'Pengabadian kasihku berakhir disini'......... Terima kasih atas segalanya sayang.....
Adrina tidak pernah memilih untuk mengenepikan Izhan sepenuhnya tetapi sejak awak lagi sebenarnya Izhanlah yang telah bersiap sedia menyediakan dirinya untuk menghadapi saat perpisahan dengan Adrina, walaupun seringkali disangkal Adrina tentang perkara ini. Mungkin Izhan telah mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya sejak dulu lagi, selepas perhubungannya dengan Adrina menjadi semakin rapat. Kalau benar Izhan ingin menghentikan pengabadian kasihnya terhadap Adrina, itulah perkara yang diingininya sejak dahulu lagi. Sebagaimana yang pernah dilafazkan Adrina kepadanya satu ketika dahulu, kenangan silam akan sentiasa memburunya sekiranya itu yang dilakukan. Dan terbukti kata-kata Adrina benar! Ke mana sahajapun Izhan melangkah, bayangan Adrina tidak akan pernah berhenti mengekorinya...............
ReplyDeleteIzhan tidak pernah mahu ini semua berlaku, dia terlalu sayangkan Adrina, kasih Adrina yang telah pudar.
ReplyDeleteIzhan masih keras dengan pendiriannya.
ReplyDeleteIzhan dapat rasakan perubahan Adrina. Adrina tinggalkan Izhan sendirian di saat2 Izhan memerlukannya. Adrina sibuk mengurus orang lain yang sentiasa dikunjunginya.
ReplyDelete