Tuesday, December 29, 2009



‘Dia’


Dia sesuatu yang indah
Menghangatkan jiwa hatiku
Sungguh harum jiwa ku
Di bawah naungan mu

Kekuatan jiwa ku ada pada mu
Tak sangka aku sekuat ini
Setabah ini untuk mendapatkan mu
Balasan mu membuat ku terbang tinggi

Aku kini terbuai perasaan
Perasaan yang indah tak terperi
Yang ku cari-cari selama ini
Ternyata aku menjumpainya pada mu

Kamu memang membahagiakan ku
Beryukur kerana tuhan memberi kesempatan
Merasa bahagia dengan mu
Memberi bahagia pada mu

Kasih sayang ini akan ku abadikan
Kuat di dalam hati dan ingtan ku
Kerana hanya ‘dia’ yang berjaya sebenar-benarnya
Berada di kemuncak hati ku

Pergilah sejauh mana pun ‘dia’
Hanya ‘dia’ yang kekal dalam hati dan jiwa
Kerana hanya ‘dia’ yang akan berada dekat
Dekat dalam hati dan jiwa ku
Selamanya….


No comments:

Post a Comment