Friday, January 28, 2011

firasat tidur






1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala 
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut 
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang 
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk 
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk 
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan 
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah 
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap 
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!


Monday, January 24, 2011

Pabila lagu bercerita...


Setelah ku fahami, ku bukan yang terbaik yang ada di hatimu..

Kadangkala terfikir adakah tindakan aku ni benar, wajar, atau patut. Tetapi apabila semakin lama masa berlalu, semakin banyak kebenaran yang aku temui. Dan jawapan kepada persoalan tadi telah aku temui…

Memang aku bukan yang terbaik untukmu kerana aku bukan dilahirkan untukmu…

Tak dapat ku sangsikan, ternyata dirinyalah yang mengerti kamu, bukanlah diriku…

Tidak aku nafikan, melalui pemerhatianku ada orang lain yang lebih baik untukmu… dan dia lebih memahami akan apa yang kamu mahukan..

Kini maafkanlah aku, bila ku menjad bisu kepada dirimu, bukan santunku terbungkam, hanya hatiku terbatas tuk mengerti kamu, maafkanlah aku..

Segala kemaafan ku pohon padamu, kerana aku tidak mampu lagi untuk berkata walaupun sepatah…  apatah lagi melihatmu, segalanya diluar kemampuanku… biarlah segalanya berkata dalam diam… kerana ia tiada kesakitan …

Walau ku masih mencintaimu, ku harus meninggalkanmu ku harus melupakanmu, meski hatiku menyayangimu, nurani membutuhkanmu, ku harus merelakanmu….

Dalam kehidupan, tidak semuanya akan kekal, namun segalanya telah tertulis kekal dalam ingatanku…  dan aku merelakan segalanya agar segala kesakitan sembuh dan tidak lagi melukakan…

Dan hanyalah dirimu, yang mampu memahamiku, yang dapat mengerti aku…

Dan untuk sekian kalinya, tidak aku nafikan bahawa, kau memang sangat memahamiku… 

TERIMA KASIH CINTA......
UNTUK SEGALANYA......

Thursday, January 13, 2011

disebalik...



Disebalik ketenangan tersembunyi kerinduan
Disebalik tawa ria tersembunyi kebuntuan
Disebalik gurauan tersembunyi kehilangan
Disebalik senyuman tersembunyi kelukaan

Disebalik kebisuan tersembunyi ingatan
Disebalik pandangan tersembunyi perkataan
Disebalik kemarahan tersembunyi kesayangan
Disebalik kerlipan tersembunyi kesyahduan

Friday, January 7, 2011

ku pohon...




Di saat mata dipejam, nafas panjang ditarik dalam-dalam
Terasa kesakitan yang lama telah didiamkan
Kekecewaan demi kekecewaan menjerut hati yang paling dalam

Sekiranya kekecewaan yang diberikan
Kurniakanlah kekuatan
Sekiranya terpandang benda yang tidak mampu untuk ku lihat
Ku mohon pandangan itu dilupakan
Sekiranya kesedihan yang tidak mampu untuk ku luahkan
Ku mohon ketenangan  sebagai penawarnya

Ku minta akhirkanlah segala penderitaanku
Sekiranya ia masih juga berlaku
Ku mohon kurniakanlah keikhlasan
Agar aku menerimanya sebagai ujian

Hapuskanlah segala firasatku
Leraikanlah segala kasih sayangku
Bukakanlah segala ikatan hatiku
Padamkanlah segala kerinduanku

Thursday, January 6, 2011

Tahniah


Penulisan ini ditujukan khas buat 2 orang saudaraku. Diucapkan tahniah kepada dua orang sepupu saya yang masing-masing berjaya melangkah dengan langkah sempurna sepanjang hidup mereka. Saya tumpang bergembira dengan kedua-dua mereka.

Yang pertama tahniah buat Nisya kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR tempohari. Semoga berterusan menjadi cahayamata penyejuk hati kedua orang tua, teruskanlah usaha kerana masih panjang perjalanan yang harus ditempuhi, semoga terus dengan langkah yang cemerlang setelah cemerlang juga dalam UPSR beberapa tahun dahulu.



Yang kedua tahniah juga buat Norizuwah, kerana telah melangkah kealam rumahtangga, semoga berbahagia bersama suami tercinta. Jagalah apa yang telah ditakdirkan untuk kamu semoga perjalanan hidup semakin terurus dan semoga kebahagiaan mengiringi perjalanan hidup kamu. 








Wednesday, January 5, 2011

2011...



In Last day of this year

Thanks to those who hated  me, they made me a stronger person.

Thanks to those who loves me, they made my heart bigger.

Thanks to those who worried about me, they let me know that actually cared.

Thanks to those who left me, they made me realize that nothing lasts forever.

Thanks to those who entered my life, they made me who i’m today.

Just want to thank you for being there in my life.

Happy new year to everyone.