Lama sungguh tidak menulis dalam blog ini, dah terbiar terlalu lama rasanya... tiba-tiba rasa nak mencoretkan sesuatu di sini. Berlalu sudah tahun 2013 yang terisi didalamnya pelbagai cerita suka dan duka... bermacam tekanan yang datang diharungi juga sebab itu adalah sebahagian daripada hidup. Masa yang ada sekarang jarang terbuang begitu sahaja sebab kesibukan mengurus kehidupan yang semakin terisi, Alhamdulillah dan syukur atas segala kurniaanya... Semoga tahun baru ini memberi banyak manfaat dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mengharungi cabaran yang bakal mendatang bersama dengan orang keliling yang masih sama dalam kehidupan....